ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 November 2023.


1. Ahli Parlimen pembangkang sokong PM tidak hilang kerusi - Saifuddin

Tindakan Ahli Parlimen pembangkang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menyebabkan mereka hilang kerusi Parlimen, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.



2. Kes buli MCKK: PDRM terima arahan khusus AGC untuk lengkapkan siasatan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima beberapa arahan khusus daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk melengkapkan siasatan kes buli di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).


3. ONE Championship: Aliff Rakib raih kemenangan KO ketiga, terima tawaran ratusan ribu ASD

Petarung muda negara, Nor Iman Aliff Rakib, melebarkan rekod tanpa kalahnya kepada 4-0 dengan kemenangan KO ketiga apabila menumbangkan lawan dari Iran, Peyman Zolfaghari, dalam pertarungan 120-pound catchweight ONE Friday Fights malam Sabtu.


4. 'Manusia kini tidak lagi bertamadun, kembali menjadi orang gasar' - Tun M

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, manusia juga memperjuangkan hak haiwan, tetapi pada masa yang sama membenarkan satu bangsa dihina dengan cara yang paling teruk, ditindas, diseksa dan dibunuh selama lebih dari 70 tahun.


5. Perak akhirnya setuju jual air kepada Pulau Pinang

Kerajaan negeri Perak bersetuju untuk menjual bekalan air terawat kepada Pulau Pinang melalui pembinaan loji rawatan air (LRA) di utara negeri ini.


6. 'Siapa berani lompat, silakan' - Sanusi

Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) dan Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mencabar mana-mana wakil rakyat pembangkang yang berhasrat untuk beralih arah dan berada sebaris dengan kepimpinan blok kerajaan.


7. Mayat lelaki ditemui dalam keadaan ngeri dipercayai dibaham harimau

Mayat seorang lelaki Indonesia ditemui dalam keadaan mengerikan dipercayai dibaham harimau di kawasan kebun getah Kuala Wok, Pos Pasik, di Gua Musang pada Jumaat.


8. Draf berkaitan WHO CA+, pindaan IHR 2005 dibentang di WHA ke-77 pada Mei 2024

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata draf berkaitan Pandemik Triti Pertubuhan Kesihatan Sedunia Perjanjian Konvensyen (WHO CA+) dan pindaan Regulasi Kesihatan Antarabangsa (IHR 2005) akan dibentang di Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-77 pada Mei 2024. 


9. Guru lelaki dikhuatiri hilang dalam hutan pusat rekreasi Sedim

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba (PgKB) II, Rahimi Ali berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kedah menerima panggilan kecemasan berkaitan kehilangan lelaki dikenali sebagai Mohd Hafiz Jasmi, 38, kira-kira jam 4.25 petang.


10. Pasangan bakal bertunang maut dirempuh pemandu 16 tahun di Jambatan Pulau Pinang  

Dua maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh kereta dipandu remaja berusia 16 tahun di Kilometer 1.9 Jambatan Pulau Pinang (menghala ke arah Perai) awal pagi Sabtu.