awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan bakal bertunang maut dirempuh pemandu 16 tahun di Jambatan Pulau Pinang

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
11/11/2023
11:29 MYT
Pasangan bakal bertunang maut dirempuh pemandu 16 tahun di Jambatan Pulau Pinang
Polis berkata, kemalangan itu melibatkan tiga buah kenderaan termasuk kereta dipandu remaja lelaki berusia 16 tahun. - Gambar/ Ihsan pembaca
PERAI: Dua maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh kereta dipandu remaja berusia 16 tahun di Kilometer 1.9 Jambatan Pulau Pinang (menghala ke arah Perai) awal pagi Sabtu.
Kedua-dua mangsa yang bakal bertunang Disember ini meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan termasuk kereta dipandu remaja lelaki berusia 16 tahun itu.
Siasatan awal mendapati, remaja tempatan terbabit telah merempuh sebuah lori sebelum melanggar motosikal mangsa.
"Remaja lelaki berkenaan datang dari arah George Town menuju ke Perai telah melanggar bahagian belakang lori menyebabkan kereta dipandunya hilang kawalan dan melanggar motosikal dinaiki penunggang lelaki dan perempuan berusia awal 20-an.
"Akibat pelanggaran tersebut, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan pemandu kereta turut cedera manakala pemandu lori pula tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Cheng San berkata, mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Unit Forensik Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.
Mengulas lanjut, beliau berkata polis sudah menahan reman pemandu kereta tersebut selama sehari bagi membantu siasatan.
Polis turut meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan tampil untuk membantu siasatan.
“Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada mana-mana balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Muhammad Sufi Abd Razak di talian 013-4774542 atau 04-5382222,” katanya.
Kes disiasat di bawah sekayen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#Jambatan Pulau Pinang
#bakal tunang
#pemandu bawah umur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan