awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MySTEP: Inisiatif wajar, Kerajaan MADANI cakna golongan sasar
Gaza perlukan 200,000 unit rumah pasang siap penuhi keperluan kemanusiaan
Wanita warga emas kerugian lebih RM300,000 diperdaya 'phone scam'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
20/11/2023
15:47 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 November 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 November 2023.
1. Banjir gelombang pertama mula melanda Terengganu
Gelombang pertama banjir mula melanda Terengganu selepas beberapa kawasan di negeri itu mula dinaiki air susulan hujan berterusan sejak semalam.
2. Akaun KWSP ketiga untuk kecemasan dilaksana April 2024 - Ahmad Maslan
Akaun ketiga ataupun akaun fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mula dilaksanakan pada April 2024, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan.
3. Pesawat Boeing 737-8 Malaysia Airlines mulakan perkhidmatannya hari ini
Syarikat induk syarikat penerbangan Malaysia Airlines, Malaysia Aviation Group (MAG) hari ini menerima penghantaran pesawat Boeing 737-8 pertamanya dalam satu majlis pelancaran yang diadakan di Hangar 5, Kompleks Kejuruteraan MAB.
4. Dewan Rakyat: Ahli Parlimen pembangkang tidak hadir sidang pagi
Sesi mesyuarat Dewan Rakyat pada sebelah pagi ini 'sepi' tanpa kehadiran Ahli-Ahli Parlimen pembangkang.
5. Kes saman saham Renong: Dr Mahathir, kerajaan mohon batal saman ahli perniagaan
Tun Dr Mahathir Mohamad memohon untuk membatalkan saman ahli perniagaan Tan Sri Halim Saad yang menuntut pampasan selepas pengambilalihan saham Renong Bhd dan UEM oleh kerajaan.
6. Video dua lelaki: Polis rakam keterangan Che Gu Bard dan Agus
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memanggil Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Che Gu Bard berhubung video perbualan membabitkan dua lelaki yang tular di media sosial.
7. Kes cabar Enakmen Syariah Kelantan: 9 hakim akan buat keputusan
Keputusan petisyen untuk mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, dalam usaha mengisytiharkan 18 peruntukan kesalahan dalam enakmen itu, terbatal akan diputuskan kemudian.
8. Video tular: Mohammad Agus dedah identiti 'Mr H'
Identiti "Mr H" yang didakwa terkait dengan video tular berkaitan dengan perbualan jelik telah didedahkan kepada pihak polis.
9. Ketua Hakim Negara ingatkan peguam agar tidak ulas kes cabar Enakmen Syariah Kelantan
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat hari ini mengingatkan peguam yang terlibat dalam prosiding mencabar perlembagaan oleh dua wanita beragama Islam terhadap 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 supaya tidak mengulas mengenai kes itu.
10. 6.3 juta ahli KWSP bawah 55 tahun miliki simpanan kurang RM10,000
Isu ketidakcukupan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ketika ini berada pada tahap serius apabila 6.3 juta ahli berumur bawah 55 tahun atau 48 peratus mempunyai baki simpanan kurang daripada RM10,000 dalam akaun mereka setakat 30 Sept lepas.
Topic Berkaitan
#berita tempatan
#Enakmen Syariah Kelantan
#berita pilihan
#akaun KWSP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan