ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 Disember 2023.

1. Pesawat gagal mendarat tiga kali, Noraini kongsi pengalaman menakutkan

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkongsi pengalaman menakutkan apabila kapal terbang yang dinaikinya gagal melakukan percubaan mendarat sebanyak tiga kali. 


2. Bunuh, tanam saudara selepas bergaduh ketika mabuk

Angkara mabuk, dua beradik dipercayai bergaduh sehingga menyebabkan salah seorang daripada mereka maut di Sungai Choh, pada Sabtu.


3. Banjir gelombang ketiga landa Terengganu

Banjir gelombang ketiga mula melanda Terengganu pagi ini dengan Marang dan Dungun menjadi daerah terjejas setelah hujan berterusan sejak pagi semalam.


4. 'Dengar suami, abang ipar nak tanam mayat', polis tahan 3 beradik

Tidak mahu bersubahat, seorang wanita bertindak melaporkan 'perbualan' suami dan abang iparnya kepada polis.


5. Tiga anggota polis ditahan curi RM85,000 semasa operasi di 'Mini Dhaka'

Tiga anggota polis dipercayai daripada Pasukan Gerakan Am Briged Tengah ditahan selepas disyaki mencuri wang berjumlah RM85,000 daripada sebuah premis perniagaan semasaoperasi bersepadu di Jalan Silang.


6. Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah: Dr Dzulkefly dapat undi tertinggi, Mat Sabu ke-8

Ahli Parlimen Kuala Selangor itu mendahului senarai 27 pemimpin Amanah yang dipilih perwakilan melalui undian e-voting dengan memperoleh 900 undi.


7. Mat Sabu kekal Presiden Amanah, Mujahid timbalan

Datuk Seri Mohamad Sabu kekal menjawat jawatan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) untuk penggal ketiga selepas dipilih dalam kalangan Jawatankuasa Pimpinan Nasional parti itu bagi sesi 2023/2026.


8. 'Saya sedar ada kelemahan, bukan calon popular' - Mat Sabu

Datuk Seri Mohamad Sabu mengakui mempunyai kelemahan dalam kepimpinannya dan menyedari beliau bukan calon 'popular' dalam kalangan perwakilan.


9.  Sambutan Krismas: Kebersamaan rakyat dituntut agar negara terus membangun - PM

Kebersamaan seluruh rakyat dituntut agar negara terus membangun dari segi ekonomi, peningkatan pelaburan dan juga menoktahkan kemiskinan tegar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


10. Imigresen nafi berlaku kesesakan di lapangan terbang

Jabatan Imigresen hari ini menafikan berlaku kesesakan di lapangan terbang antarabangsa di negara ini akibat dibanjiri pelancong warga China.