ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 12 April 2024.


1. Lelaki warga Israel didakwa miliki senjata mengaku tidak bersalah

Lelaki yang memiliki pasport kewarganegaraan Perancis itu juga minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Tasnim Abu Bakar.



2. 'Anak makan Panadol macam gula-gula...' Aidilfitri buka lembaran baharu buat Pak Tagie sekeluarga

Kisah ini dikongsikan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong yang menyelami isi hati rakyat di kawasannya.


3. 'Itu rakaman lama simulasi kesiapsiagaan serangan provokatif' - JPA

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjelaskan video bertajuk "Tanya pasal kuarters je dah kena macam tu depan KSN" merupakan rakaman lama simulasi kesiapsiagaan anggota keselamatan sekiranya berdepan dengan situasi serangan provokatif.


4. Malaysia gunakan strategi menyeluruh untuk lonjakkan ketibaan pelancong China

Malaysia mengguna pakai strategi menyeluruh untuk melonjakkan ketibaan pelancong China dan beralih daripada kaedah promosi tradisional untuk mewujudkan ekosistem yang mempertingkatkan pengalaman pelawat.


5. PH belum bincang calon PRK Kuala Kubu Bharu - Anwar

Pakatan Harapan masih belum mengenal pasti calon yang bakal mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu pada bulan depan.


6. Agong harap lebih banyak syarikat China melabur di Malaysia

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berharap lebih banyak syarikat China akan melabur di Malaysia, sekali gus mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat di negara ini.


7. NC4 beri amaran ancaman serangan siber terhadap pengguna Apple

Rakyat Malaysia diingatkan untuk terus berjaga-jaga susulan wujudnya perisian pengintip sofistikated yang menyasarkan pengguna peralatan Apple melalui Apple ID mereka.


8. PM Anwar yakin rakyat mampu realisasi potensi pembangunan ekonomi negara

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau yakin dengan kemampuan rakyat Malaysia merealisasikan potensi negara dalam pembangunan ekonomi, terutama dalam pelaburan bernilai tinggi.


9. Cubaan timbulkan persepsi negatif, MCMC panggil pengendali MyNewsHub

Pengendali akaun media sosial MyNewsHub telah dihubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk dirakamkan keterangan.


10. Zii Jia bakal terima bayaran 'hak imej' untuk Piala Thomas

Penyertaan pemain perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas negara memerlukan kos kerana Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu melakukan bayaran 'hak imej' kepada pemain tersebut.