ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 5 Julai 2024.
1. Lebih 20 subkontraktor Lebuhraya DASH tuntut tunggakan RM100 juta dari Prolintas
Lebih 20 subkontraktor yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) menuntut rundingan penyelesaian bagi mengutip bayaran tertunggak berjumlah RM100 juta yang terhutang kepada mereka secara kolektif daripada Prolintas.
2. Stadium Shah Alam saksi jatuh bangun bola sepak Selangor
Lebih 25 tahun menjadi venue rasmi pasukan Selangor, Stadium Shah Alam telah menyimpan pelbagai kenangan dan nostalgia tersendiri kepada pemain serta peminat sukan di negeri ini.
3. MCMC, PDRM rakam percakapan Hishamuddin Rais bagi bantu siasatan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merakam percakapan aktivis sosial Hishamuddin Md Rais di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields pada 3.15 petang semalam, bagi membantu siasatan satu kes sedang dijalankan.
4. Mohd Hishamudin Md Yunus dilantik Pengerusi Suhakam baharu
Datuk Seri Mohd Hishamudin Md Yunus dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa Rabu lepas.
5. Kerajaan Sabah warta Hari Sabah pada 31 Ogos
Kerajaan Sabah mewartakan pengisytiharan Hari Sabah pada 31 Ogos. Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Safar Untong melalui warta itu memaklumkan warta itu dibuat pada 5 Jun dan diterbitkan pada 20 Jun lepas bagi makluman umum bahawa 31 Ogos diisytihar sebagai Hari Sabah.
6. Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram
Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menegaskan bahawa barang kemas, beg tangan dan aksesori mewah lain yang berada dalam milikannya bukan dibeli dengan wang hasil aktiviti haram.
7. Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu berhubung perjanjian penyelesaian di antara Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) dengan Low Taek Jho atau Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
8. Kerajaan tiada halangan bawa LKAN kepada SPRM
Jabatan Audit Negara bebas membawa kelemahan tatakelola yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LAN) 2/2024 untuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
9. Positif COVID-19: Tiada lagi kuarantin di rumah, berkuat kuasa 15 Julai
Individu positif COVID-19 tidak lagi diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau arahan kuarantin di rumah berkuat kuasa 15 Julai ini.
10. Pasangan warga emas maut kereta dinaiki bertembung bas ekspres
Sepasang suami isteri warga emas maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 3.7 Jalan Machang-Tanah Merah.
Astro Awani
Fri Jul 05 2024
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 5 Julai 2024.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 8 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 2 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 1 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 30 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 20 November 2024.