Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 8 April 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 8 April 2025.
Menurut Perdana Menteri, eksport negara ini bukan sekadar meningkatkan pertumbuhan ekonomi untuk Malaysia, tetapi juga mewujudkan pekerjaan berkualiti tinggi di Amerika.
Tiga pekerja maut akibat terperangkap dalam lubang pembetung di tapak pembinaan sebuah resort di Kampung Ibol, Sumpitan.
Asyraf Wajdi berkata pejabatnya juga tidak akan melayan rayuan pelaku insiden itu, jika mereka berbuat demikian.
Kes buli ini melibatkan tujuh pelajar tingkatan tiga, termasuk mangsa dan perakam, dan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Doktor pakar yang membedah siasat mayat Zayn Rayyan Abdul Matin menyimpulkan bahawa punca kematian kanak-kanak autistik itu ialah disebabkan jerutan di leher.
6. Kebakaran gas Putra Heights: Polis tidak ‘sorok’ kematian, henti lempar tohmahan - Hussein
6. Kebakaran gas Putra Heights: Polis tidak ‘sorok’ kematian, henti lempar tohmahan - Hussein
Polis menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya terdapat kematian yang disembunyikan susulan insiden kebakaran gas di Putra Heights pada 1 April lalu.
LSH Service Master Sdn Bhd (LSHSM), pengurusan baharu Menara Kuala Lumpur memperkenalkan pelan transformasi yang menyeluruh dan luar biasa untuk menyerlahkan semula mercu tanda negara berusia 28 tahun itu, dengan visi menjadikannya destinasi ikonik terunggul di Malaysia.
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kuasa untuk menolak sebarang keputusan kewangan yang dibuat oleh Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bakal ke Amerika Syarikat (AS) bagi mengetuai delegasi Malaysia berunding berkait tarif yang dikenakan pentadbiran Donald Trump.
Kunjungan kelab bola sepak Manchester United ke Malaysia buat kali pertama dalam tempoh 16 tahun menggamit perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


