awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
14/04/2025
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 14 April 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 14 April 2025.
1. Jangan ceroboh tanah Pahang - Al-Sultan Abdullah
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menegaskan agar tanah di negeri ini tidak diceroboh sewenang-wenangnya dan tindakan sewajarnya harus dikenakan kepada mereka yang terlibat.
2. Suspek kes culik remaja 16 tahun maut ditembak di Klang
Seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes culik membabitkan remaja berusia 16 tahun maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Bandar Bukit Tinggi, Klang di sini awal pagi Isnin.
3. PRK DUN Ayer Kuning: Jangan guna jentera, peruntukan kerajaan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran, bahawa selepas proses penamaan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning dua hari lepas, semua pihak berkaitan tidak boleh menggunakan jentera atau peruntukan kerajaan bagi tujuan kempen.
4. Tarif Trump: Malaysia kekal tak laksana tarif timbal balas - Tengku Zafrul
Objektif Malaysia adalah untuk menurunkan kadar tarif dan memperluaskan senarai pengecualian untuk eskport Malaysia, agar impak negatif terhadap ekonomi dapat dikurangkan.
5. Dakwaan ugutan guna senjata, polis akan rakam keterangan ADUN Hulu Kinta minggu ini
Ia berhubung dakwaan wujud ugutan dengan menunjukkan senjata api pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) peringkat Cabang di Ipoh, pada Ahad.
6. Rakyat Malaysia disyaki rompak kedai emas di Thailand, miliki 10 rekod jenayah lampau - KPN
Lelaki tersebut dikesan menggunakan dokumen palsu untuk bersembunyi di Thailand dan tidak memiliki MyKad atau pasport Malaysia.
7. Pindaan Akta JAC: Syahredzan pertahan kenyataan Tengku Maimun
Kenyataan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat tentang peranan Perdana Menteri dalam pelantikan hakim perlu diterima dengan hati terbuka.
8. Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia
Perdana Menteri Malaysia kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia pada jam 7.10 malam di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
9. Ini 5 sebab “Islam Hadhari” tinggalan Pak Lah jadi dasar pentadbiran yang berkesan
Tun Abdullah Ahmad Badawi secara rasmi memperkenalkan Islam Hadhari sebagai dasar pada 2004 semasa beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.
10. Ini 9 legasi ekonomi Pak Lah, manfaatnya dinikmati sehingga sekarang
Tun Abdullah turut memperkenalkan pendekatan "kembali kepada asas" dalam dasar pertanian, sekaligus membawa semula fokus kepada sektor yang menjadi tunjang kehidupan luar bandar.
Topic Berkaitan
#berita utama
#berita penting
#berita tumpuan
#berita pilihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan