awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
INSP MIHAS sasar pedagangan halal global bernilai RM4.5 bilion libat 450 pembeli antarabangsa
DUNIA
Thailand bakal perketat peraturan ganja semula
MALAYSIA
Kerajaan digesa laksana langkah tegas pengharaman vape, cegah mudarat meningkat - MCTC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
26/06/2025
15:59 MYT
Sponsor Banner
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 26 Jun 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 26 Jun 2025.
1. SST buah import: Epal, oren dikecualikan perluasan SST - Anwar
Buah epal dan oren import dikecualikan daripada perluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dilaksanakan bermula 1 Julai depan.
2. Muhamad Norazlan dilantik Panglima Tentera Udara ke-21
Muhamad Norazlan menggantikan Mohd Asghar Khan yang menamatkan perkhidmatan hari ini.
3. MUDA tawar semula jawatan presiden kepada Syed Saddiq
Persetujuan itu dicapai Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (JKEP) MUDA susulan keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Syed Saddiq daripada semua pertuduhan semalam.
4. Pengerusi IKIM Dr Muhammad Nur Manuty meninggal dunia
Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Profesior Datuk Dr Muhammad Nur Manuty meninggal dunia pada pukul 11.27 pagi tadi di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.
5. 'Serah kepada MKT putuskan penggantungan Hishammuddin' - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti untuk memutuskan permintaan UMNO Bahagian Sembrong agar penggantungan enam tahun terhadap Datuk Seri Hishammuddin Hussein ditarik balik.
6. PRN Sabah: PBS tolak kerjasama dengan BN
Parti Bersatu Sabah (PBS) menolak kerjasama politik dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 akan datang.
7. JPJ, APAD diarah tingkat pemantauan terhadap pesalah trafik berulang - Loke
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah diarahkan untuk meningkatkan pemantauan terhadap pesalah trafik berulang melibatkan syarikat pengangkutan dan pemandu kenderaan perdagangan.
8. Buang persepsi jadi pemimpin wajib terlibat rasuah, kumpul kekayaan - Anwar
Persepsi bahawa individu yang diberi kuasa atau kelebihan untuk memimpin perlu bersifat korup dan hanya menumpukan kepada pengumpulan kekayaan perlu dihapuskan segera.
9. Kerajaan perluas fungsi NSRC, tubuh rangkaian respons 24 jam tangani jenayah siber - PM
Kerajaan bersetuju memperluas skop fungsi Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) agar merangkumi semua bentuk jenayah siber, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
10. Kajian MaCoS jadi input penting rangka negara bebas rasuah - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menggunakan hasil Kajian Mengenai Rasuah di Malaysia (MaCoS) 2024 sebagai rujukan utama dalam merangka inisiatif dan tindakan menyeluruh memerangi rasuah di negara ini.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#tempatan
#Barisan Nasional
#Mahkamah Rayuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami