MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 01/07/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 1 Julai 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 1 Julai 2025.


1. Kerajaan ikhtiar sedaya upaya martabatkan Islam - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan terus berikhtiar dengan sedaya upaya dan kapasiti yang ada untuk memartabatkan kedudukan Islam dalam kerangka perlembagaan dan semangat Malaysia MADANI.



2. Mohd Shuhaily tekad perkukuh operasi AKPS, tingkat kawalan sempadan

Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menzahirkan komitmen untuk memperkukuh peranan agensi itu agar lebih mantap dan relevan, selaras dengan hasrat serta hala tuju kerajaan dalam mempertingkat kawalan sempadan negara.


3. Permohonan bantuan komputer riba siswa Johor sehingga 30 Julai

Permohonan Bantuan Laptop Siswa Johor untuk anak Johor yang akan memulakan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dibuka mulai hari ini hingga 30 Julai.


4. Bil elektrik lebih terperinci, pecahan caj bantu pelanggan fahami penggunaan tenaga

Pelanggan Tenaga Nasional Berhad boleh meneliti secara terperinci setiap sen yang dibelanjakan bagi penggunaan elektrik menerusi format bil baharu yang lebih menyeluruh dengan pelaksanaan struktur tarif eletrik baharu yang diumumkan Suruhanjaya Tenaga, baru-baru ini.


5. Anwar, delegasi berlepas ke Itali, mulakan siri lawatan rasmi dan Sidang Kemuncak BRICS

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Itali hari ini untuk memulakan siri lawatan rasmi beliau ke tiga buah negara iaitu Itali, Perancis dan Brazil.


6. Rayuan bukan penentuan kesetiaan saya - Hishammuddin

Bekas Naib Presiden UMNO itu memberi gambaran kekal dengan pendirian untuk tidak membuat sebarang rayuan berhubung penggantungannya dalam parti tersebut.


7. Kes bunuh penuntut di Cyberjaya: Laporan patologi sahkan mangsa tidak dirogol

Polis mengesahkan tiada sebarang unsur rogol ke atas penuntut universiti swasta, Maniishapriet Kaur, yang ditemukan mati di sebuah unit apartmen di Cyberjaya minggu lalu.


8. Makmal proses jus dadah, vape bernilai RM27 juta tumpas

Polis menumpaskan kegiatan sindiket memproses cecair vape dan jus yang mengandungi dadah, dalam beberapa serbuan berasingan di sekitar Selangor minggu lalu, dengan rampasan pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM27 juta.


9. Sebutan kes lucut hak Menara Ilham pada 6 Ogos depan - SPRM

Pendengaran dan sebutan kes permohonan lucut hak Menara Ilham yang dikaitkan dengan Allahyarham Tun Daim Zainuddin, ditetapkan pada 6 Ogos depan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


10. Kes bunuh Kevin Morais: Mahkamah Persekutuan kekalkan hukuman mati bekas pakar patologi

Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman mati yang dijatuhkan ke atas bekas pakar patologi yang disabit dengan kesalahan membunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais pada 2015.



#berita tempatan #berita pilihan #berita dalam negara #Berita AWANI