Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 02/07/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 2 Julai 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 2 Julai 2025.


1. Didakwa langgar kontrak perniagaan, Vie Shantie disaman di Indonesia

Personaliti ternama Malaysia, Vie Shantie Haroon Khan telah disaman oleh sebuah syarikat Indonesia, PT Bara Asia Contractor (BAC), di Mahkamah Negeri Jakarta Barat atas dakwaan melanggar kontrak perniagaan.



2. Mayat tiga beranak ditemukan mereput dalam rumah

Tiga sekeluarga ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal dekat Seremban pada 4.53 petang Selasa, kata Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din.


3. SPRM mula siasat projek MyKiosk

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memulakan siasatan berkaitan dakwaan rasuah dan penyelewengan berhubung tender pembinaan MyKiosk oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.


4. Kebakaran gas Putra Heights: Penduduk tidak puas hati hasil siasatan, desak semakan semula

Pertubuhan Kebajikan Penduduk Kampung Kuala Sungai Baru (KKSB) tidak berpuas hati insiden letupan paip gas di Putra Heights diklasifikasi sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA) dan mendesak siasatan disemak semula.


5. Harga RON97, diesel di Semenanjung turun 3 sen

Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia turun tiga sen iaitu masing-masing ditetapkan pada RM3.18 dan RM2.85 seliter bagi tempoh 3 hingga 9 Julai.


6. Siasatan rasuah ADUN Sabah: SPRM siasat taikun Singapura

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan terhadap seorang taikun dari Singapura berhubung skandal rasuah perlombongan di Sabah.


7. Anwar bertemu peneraju industri pertahanan, tenaga Itali

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan hari kedua lawatan rasmi ke Itali dengan mengadakan sesi libat urus secara langsung bersama peneraju industri dan perniagaan utama negara itu.


8. Najib gagal tunjuk usaha wajar dapat dokumen tambahan - Peguam Negara

Mahkamah Persekutuan hari ini dimaklumkan bahawa Datuk Seri Najib Razak gagal menunjukkan usaha wajar bagi mendapatkan dokumen tambahan (adendum) ketika prosiding permohonan kebenaran semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi.


9. PTPTN peruntuk RM47.8 juta wang pendahuluan bagi sesi Julai 2025

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperuntukan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) berjumlah RM47.8 juta kepada 31,850 pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian peringkat diploma di Universiti Awam (UA) dan Politeknik bagi kemasukan sesi Julai 2025.


10. Muhyiddin persoal perjanjian pembangunan Ambalat, desak penjelasan kerajaan

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, mempersoalkan Perjanjian Pembangunan Bersama (JDA) antara Malaysia dan Indonesia di Blok Ambalat, iaitu kawasan perairan yang masih dalam pertikaian sempadan maritim membabitkan kedua-dua negara.




#berita pilihan #tempatan #PTPTN #Peguam Negara