MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 11 Julai 2025.
UMNO hari ini menyatakan kesyukuran atas pengesahan kewujudan Titah Addendum oleh Peguam Negara, yang memperakui arahan penahanan di rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Bapa kepada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, iaitu Saleh Lempah, meninggal dunia pada jam 9.10 pagi tadi.
Pengurusan operasi haji bagi tahun 1446H/2025M adalah yang terbaik dan mendapat pujian serta pengiktirafan kerajaan Arab Saudi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Unjuran Penduduk Malaysia dari 2020 hingga 2060 meramalkan negara bakal mencapai kemuncak populasi dengan jumlah 42.38 juta orang pada tahun 2059.
Dalam soal proses pelantikan kehakiman, Perdana Menteri berkata, perkara itu berlangsung seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tujuan kehadiran remaja tersebut ke negara ini masih belum dapat dipastikan.
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM50 juta bagi melaksanakan Inisiatif Penyelenggaraan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) di seluruh negara tahun ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana, di sini malam ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersetuju membangunkan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Ulul Albab di Tanah Merah hasil permintaan UMNO Bahagian Tanah Merah, kata Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Seorang daripada mangsa insiden kemalangan helikopter di Sungai Pulai, Gelang Patah semalam, masih ditidurkan bagi tujuan rawatan lanjut di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami