MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 11 Julai 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 11 Julai 2025.
1. UMNO mohon titah tahanan rumah Najib dilaksana ikut Perlembagaan - Asyraf Wajdi
UMNO hari ini menyatakan kesyukuran atas pengesahan kewujudan Titah Addendum oleh Peguam Negara, yang memperakui arahan penahanan di rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
2. Cikgu Saleh, bapa Ketua Pemuda UMNO Muhamad Akmal meninggal dunia
Bapa kepada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, iaitu Saleh Lempah, meninggal dunia pada jam 9.10 pagi tadi.
3. Operasi haji 1446H/2025M paling baik, diiktiraf kerajaan Arab Saudi - Mohd Na'im
Pengurusan operasi haji bagi tahun 1446H/2025M adalah yang terbaik dan mendapat pujian serta pengiktirafan kerajaan Arab Saudi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
4. Negara menua: Malaysia capai tahap kemuncak populasi pada 2059 - DOSM
Unjuran Penduduk Malaysia dari 2020 hingga 2060 meramalkan negara bakal mencapai kemuncak populasi dengan jumlah 42.38 juta orang pada tahun 2059.
5. Jika mahu pinda proses lantikan kehakiman, bawa usul kepada kerajaan - PM Anwar
Dalam soal proses pelantikan kehakiman, Perdana Menteri berkata, perkara itu berlangsung seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.
6. Remaja Britain hilang dipercayai naik bas ke KL Sentral - Polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tujuan kehadiran remaja tersebut ke negara ini masih belum dapat dipastikan.
7. RM50 juta selenggara rumah ibadat bukan Islam tahun ini - Nga
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM50 juta bagi melaksanakan Inisiatif Penyelenggaraan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) di seluruh negara tahun ini.
8. PM Anwar adakan perjumpaan dengan Ahli Parlimen BN
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana, di sini malam ini.
9. MRSM Ulul Albab pertama Kelantan bakal dibina di Tanah Merah - Asyraf Wajdi
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersetuju membangunkan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Ulul Albab di Tanah Merah hasil permintaan UMNO Bahagian Tanah Merah, kata Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
10. Kemalangan helikopter: Kesemua mangsa stabil, seorang masih ditidurkan - Azmi
Seorang daripada mangsa insiden kemalangan helikopter di Sungai Pulai, Gelang Patah semalam, masih ditidurkan bagi tujuan rawatan lanjut di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.