[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Bapa Dibebaskan, Ibu Diperintah Bela Diri – Semak Laporan Penuh Di Sini
MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 19/07/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 19 Julai 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 19 Julai 2025.


1. Bradley Hope dedah Jho Low dikesan hidup mewah di Shanghai, guna pasport palsu

Jho Low dipercayai kini menetap di sebuah kawasan elit di Shanghai, China dengan menggunakan pasport Australia palsu.



2. Hakim Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi baharu angkat sumpah 28 Julai - PM Anwar

Proses pelantikan kesemua hakim baharu telah melalui semua peringkat sewajarnya termasuk penilaian Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, perbincangan dengan Raja-Raja Melayu serta perkenan Yang di-Pertuan Agong.


3. Sanggup bakar wang tunai hampir RM1 juta akibat serbuan SPRM

SPRM turut menemui wang tunai kira-kira RM7.5 juta yang disimpan di dalam beberapa kotak bantal, tiga utas jam tangan jenama Rolex, Omega dan Cartier selain barang kemas seperti cincin serta syiling emas.


4. Penghargaan luar biasa untuk rakyat diumum Isnin atau Selasa - PM Anwar

Kementerian Kewangan sedang memperhalusi cadangan yang boleh diumumkan segera bagi meringankan beban rakyat di samping menangani isu-isu semasa.


5. Port Dickson, Johan Setia rekod kualiti udara tidak sihat

Port Dickson, Negeri Sembilan dan Johan Setia, Selangor mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang Sabtu.


6. PDRM umum pertukaran 23 pegawai kanan, lima dilantik Ketua Polis Negeri

Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 23 pegawai kanan berkuat kuasa 18 Ogos depan.


7. Elak hasutan, kukuhkan perpaduan demi masa depan negara - PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya menolak sebarang bentuk hasutan perkauman dan kebencian yang boleh menggugat keharmonian, sebaliknya terus memperkukuh semangat perpaduan demi kemajuan negara.


8. Belia 4B Malaysia harap penetapan had umur 30 tahun belia diperhalusi semula

Gerakan Belia 4B Malaysia berharap agar keputusan mengehadkan umur belia kepada 30 tahun dapat diperhalusi semula menerusi perbincangan terbuka bagi memastikan kesinambungan kepimpinan berkualiti dalam pertubuhan belia di seluruh negara.


9. Jho Low di Shanghai: Anwar akan semak dengan Menteri Dalam Negeri

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa kerajaan belum menerima sebarang maklumat rasmi berhubung keberadaan ahli perniagaan yang diburu, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, yang didakwa kini menetap di kawasan mewah "Green Hills" di Shanghai, China.


10. Ulama disaran terus beri pandangan, cadangan kepada kerajaan - Mohd Na'im

Golongan ulama disaran supaya terus memainkan peranan aktif memberikan pandangan, cadangan dan teguran kepada kerajaan dalam isu berkaitan kepentingan umat Islam di negara ini.



#berita pilihan #berita tempatan #berita Malaysia #Berita AWANI