[TERKINI] SARA RM100 untuk Warganegara 18 Tahun ke Atas: Tebus Guna MyKad – Baca Panduan Penuh Di Sini
MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 22/07/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 22 Julai 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 22 Julai 2025.


1. Gaji minimum RM1,700 sebulan berkuat kuasa sepenuhnya mulai 1 Ogos - KESUMA

Bermula 1 Ogos ini, semua majikan tanpa pengecualian perlu mematuhi kadar minimum RM1,700 sebulan.



2. Malaysia jadi sasaran ejen perisikan luar kerana lantang terhadap kekejaman Zionis - PM Anwar

Malaysia dikenal pasti sebagai sasaran berisiko kerana pendiriannya yang tegas dan lantang dalam menyuarakan keadilan untuk rakyat Gaza yang menjadi mangsa kekejaman rejim Israel.


3. “Mereka desak saya akui perkara tak benar” - Ibu Zayn Rayyan

Ismanira Abdul Manaf mendakwa dipaksa dan digertak oleh polis untuk mengaku membunuh anaknya, Zayn Rayyan, walaupun menafikan tuduhan tersebut.


4. Pengumuman esok cerminan komitmen reformasi - PM Anwar

Pengumuman merupakan tanda keprihatinan Kerajaan MADANI kepada rakyat yang sentiasa teguh bersama kerajaan dalam setiap langkah reformasi.


5. 'Bukan pesta gay tetapi program kesedaran kesihatan HIV' - Dr Dzulkefly

KKM sahkan program diserbu polis Kelantan yang didakwa mempunyai kaitan agenda LGBTQ merupakan program kesedaran kesihatan melibatkan HIV.


6. Jerebu: PdPR dilaksana jika IPU lebih 200 - Fadhlina

Kementerian Pendidikan akan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200.



7. PM Anwar gesa pemimpin dunia hentikan keganasan di Gaza

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pemimpin dunia supaya mengambil tindakan segera dan bersatu bagi menghentikan bencana kemanusiaan yang sedang berlaku di Gaza, Palestin.


8. JAKIM diarah siasat kes syarikat bekal makanan hospital tiada sijil halal

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diarahkan untuk menjalankan siasatan terperinci terhadap isu pelantikan sebuah syarikat perkhidmatan katering tiada Sijil Halal yang membekalkan makanan di sebuah hospital kerajaan.


9. Pemimpin belia berumur lebih 30 tahun boleh pegang jawatan sehingga pemilihan baharu

Pemimpin belia yang melebihi umur 30 tahun selepas tarikh had umur belia berkuat kuasa pada 1 Jan 2026 boleh terus memegang jawatan sehingga mesyuarat agung pemilihan baharu pertubuhan diadakan.


10. HTAR terbakar, tiada kecederaan dilaporkan

Suasana cemas tercetus di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang, Selangor susulan kebakaran kecil yang melibatkan suis soket di wad Zon Merah, petang Selasa.







#berita pilihan #tempatan #gaji minimum #JAKIM