MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 5 Ogos 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 5 Ogos 2025.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memulakan siasatan terhadap penyebaran sebuah video tular yang memaparkan sekumpulan individu dipercayai pempengaruh memberikan sisa makanan kepada seorang gelandangan.
Malaysia menyatakan kesediaan untuk menghantar pasukan pemantau ke kawasan sempadan Thailand-Kemboja sekiranya menerima permintaan rasmi daripada kedua-dua negara terbabit.
Tiga wanita tempatan yang juga adik-beradik ditahan polis selepas disyaki menggunakan kad ATM milik orang lain yang tercicir untuk membeli barangan keperluan peribadi.
Perbualan tidak boleh dianggap sebagai satu niat jenayah, sebaliknya adalah luahan emosi biasa seorang ibu yang menjaga dua anak autistik.
Tiada sebarang persetujuan dimuktamadkan antara Malaysia dan Indonesia berhubung kebarangkalian pembangunan bersama antara kedua-dua negara.
6. Kes Zara Qairina: Saifuddin minta hormati proses undang-undang
6. Kes Zara Qairina: Saifuddin minta hormati proses undang-undang
Saifuddin Nasution menegaskan semua pihak perlu menghormati proses undang-undang berhubung siasatan kes kematian pelajar sekolah agama, Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
Kerajaan Kelantan menegaskan bahawa usaha memerangi gejala dadah memerlukan sokongan menyeluruh daripada semua pihak, tidak hanya agensi penguatkuasaan semata-mata.
Kerajaan masih sedang mengkaji mekanisme pembayaran bulanan bagi ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selepas bersara, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Amir Hamzah.
Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Selasa menutup kes bagi prosiding bela diri bagi pihak Ismanira Abdul Manaf untuk kes pengabaian kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin, selepas enam hari prosiding dijalankan.
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan beliau pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang membawa maksud mempertahankan hak warga asing dalam penyasaran subsidi RON95.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami