awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki menyamar anggota polis, ugut remaja perempuan ditahan
Saman sivil SRC: Najib akui RM42 juta dalam akaun peribadi bukan derma dari Arab Saudi
MCMC rakam keterangan Ketua Editor dan Pengarang Dalam Talian China Press
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
25/08/2025
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 Ogos 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 Ogos 2025.
1. Rafizi diberi 48 jam mohon maaf, Farhash hantar surat tuntutan
Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli diberi tempoh 48 jam untuk memohon maaf secara terbuka, menarik balik dan memadam kenyataan yang dibuat berhubung bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Wira Farhash Wafa Salvador atau berdepan tindakan undang-undang.
2. 'Jangan halang petugas hamil 22 minggu pulang awal' - Dr Dzulkefly
Pengurusan fasiliti kesihatan diminta mematuhi pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang membenarkan kakitangan hamil pulang lebih awal apabila kandungan mencecah 22 minggu.
3. Buli: Enam pelajar Tingkatan Empat dibebaskan dengan jaminan polis
Enam pelajar lelaki Tingkatan Empat yang sebelum ini ditahan reman berhubung kes buli seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di sini dibebaskan dengan jaminan polis pada Isnin.
4. 'Jangan kata hutang baharu kerajaan sekarang bertambah, tak betul' - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan MADANI komited mengurangkan defisit fiskal dan hutang baharu negara, meskipun isu itu sering dijadikan polemik politik.
5. Kematian pelatih PALAPES: Keputusan gali kubur esok
Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan sama ada kubur pelatih PALAPES UTM Skudai, Syamsul Haris Shamsudin, boleh digali semula atau sebaliknya, esok.
6. Serangan anak Rafizi: ‘Semua pihak kena bersabar’- Dr Dzulkefly
Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyokong penuh proses siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.
7. Naskah al-Quran tulisan tangan Nurly Shahirah didigitalkan dan dipamer di UPSI
Naskhah al-Quran tulisan tangan Allahyarham Nurly Shahirah Azman kini diserahkan sementara kepada Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi tujuan pendigitalan dan pameran umum.
8. Kejohanan Dunia BWF: Zii Jia pulang awal
Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, terpaksa akur tewas kepada wakil Korea Selatan, Jeon Hyeok-Jin, dalam perlawanan pusingan 64, Kejohanan Dunia BWF 2025 di Arena Adidas, Paris, Perancis, sebentar tadi.
9. Perincian subsidi bersasar RON95 diumum menjelang akhir September - Amir Hamzah
Kerajaan kekal dengan perancangan melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 dan perincian lanjutnya dijangka diumumkan menjelang akhir September 2025.
10. Jho Low, Nik Faisal dalang konspirasi SRC - Peguam
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau dikenali sebagai Jho Low, mempunyai agendanya sendiri dengan mengambil kesempatan terhadap SRC International Sdn Bhd atau 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk kepentingan peribadi.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#tempatan
#1Malaysia Development Berhad
#RON95
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan