[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 08/09/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 8 September 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 8 September 2025.


1. Skandal Lebuh Raya MEX II: Abu Sahid dituduh pecah amanah RM313 juta, AMLA RM139 juta

Pengarah Syarikat Maju Holdings Sdn Bhd bagi cadangan projek pembinaan Lebuh Raya MEX II, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, atas empat pertuduhan pecah amanah lebih RM313 juta dan 13 pertuduhan ubah wang haram RM139.2 juta bermula 2016 lalu.



2. Wanita cuba dekati Sultan Perak diperintah jalani rawatan lanjut sebulan di Hospital Bahagia

Wanita yang ditahan selepas bertindak naik ke pentas utama untuk mendekati Sultan Perak Sultan Nazrin Shah ketika sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri pada 31 Ogos lalu, didakwa hari ini atas tuduhan melakukan kekerasan jenayah terhadap baginda.


3. KPN tubuh Majlis Sejarawan Negara

Kementerian Perpaduan Negara menerusi Arkib Negara Malaysia buat julung kalinya menubuhkan Majlis Sejarawan Negara iaitu sebuah badan berautoriti yang berperanan menasihati kerajaan berhubung naratif sejarah negara.


4. Polis cedera ditembak: Sembilan individu direman seminggu untuk bantu siasatan

Seramai sembilan individu direman seminggu bagi membantu siasatan kes tembak seorang anggota polis dan penemuan mayat seorang wanita di Simpang Pulai pada Ahad.


5. Inkues kes Zara Qairina: Sebahagian tulisan tangan dipercayai bukan ditulis arwah

Pemeriksaan menunjukkan perbezaan signifikan antara tulisan tangan Zara dan individu lain pada beberapa helaian dan muka surat buku.


6. Fattah, Amira Othman nikah 14 September

Fattah, atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin membuat kejutan istimewa ketika majlis pelancaran lagu baharu berjudul Rasa & Takdir nyanyian Amira dan adiknya, Irfan Haris.


7. Muhyiddin kekal Presiden, keputusan PAT Bersatu lebih tinggi berbanding surat akuan bersumpah

Semua pihak harus menghormati keputusan majoriti perwakilan sewaktu Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu, untuk terus menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden parti.


8. Ismail Sabri tidak hasrat cabar permohonan SPRM lucut hak wang lebih RM169 juta

Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bekas Setiausaha Politiknya Datuk Mohammad Anuar Mohd Yunus tidak berhasrat untuk mencabar permohonan pihak pendakwaan untuk melucut hak wang tunai lebih RM169 juta yang disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


9. Kereta menggelongsor: Punca kematian dua beradik akibat lemas, tiada unsur kekerasan - Polis

Bedah siasat mengesahkan punca kematian dua beradik dalam kejadian kereta menggelongsor ke dalam Sungai Tanjung Agas Linggi, Port Dickson pada 4 Sept disebabkan lemas dan tiada unsur kekerasan ke atas mangsa.


10. Inkues Zara Qairina: Peguam keluarga lantik pakar sendiri siasat dokumen

Prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, hari ini memberi tumpuan terhadap permohonan peguam keluarga untuk membawa masuk pakar tulisan tangan mereka sendiri bagi meneliti dokumen berkaitan.




#berita pilihan #tempatan #bedah siasat #SPRM