MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 9 September 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 9 September 2025.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan wang berjumlah kira-kira RM170 juta yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kini sah menjadi hak milik kerajaan.
Polis Diraja Malaysia memperketatkan kawalan keselamatan di semua fasiliti gas asli cecair terutama di Bintulu susulan laporan seorang pegawai PETRONAS menerima ugutan melalui khidmat pesanan ringkas daripada individu tidak dikenali.
Mahkamah mendengar keterangan antara lain dua lagi saksi yang merupakan pegawai perubatan yang pernah merawat arwah di Hospital Queen Elizabeth.
Sebuah kapal yang membawa peserta misi Sumud Nusantara dilaporkan diserang dron hingga menyebabkan kebakaran di Tunisia, dalam pelayaran menuju ke Gaza.
Peluasan bidang kuasa Ketua Audit Negara melalui pindaan terhadap Akta Audit 1957, termasuk mengaudit entiti yang menerima dana awam, mengesan aliran wang – antara lain adalah langkah reformasi Kerajaan untuk mengukuhkan tadbir urus negara.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menjelaskan ancaman terhadap fasiliti gas asli cecair (LNG) di Bintulu, Sarawak diterima melalui sistem pesanan ringkas (SMS) daripada nombor telefon yang berdaftar di negara jiran, Indonesia.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir menegaskan sistem pemilihan dan keputusan UPUOnline bagi kemasukan pelajar ke universiti awam adalah jelas dan tiada kompromi.
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan pengasas bersama MYAirline Sdn Bhd, Datuk Allan Goh Hwan Hua dan empat syarikat yang dikaitkan dengannya memulangkan lebih RM8 juta kepada 15 pelabur selepas gagal membayar penebusan bulanan serta pulangan pembiayaan pelaburan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah tanggungjawab setiap rakyat Malaysia.
Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu mengesahkan setakat ini tiada rakyat Malaysia yang terjejas atau terbabit dalam tunjuk perasaan besar-besaran di ibu negara Nepal.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami