MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 21 September 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 21 September 2025.
Malaysia dijangka berdepan fenomena La Nina singkat pada awal musim sejuk tahun 2025 hingga awal tahun 2026 yang berpotensi menjejaskan corak taburan hujan negara, namun keadaan diramal kembali stabil ke paras neutral tidak lama selepas itu.
Seorang wanita warga emas berusia 73 tahun ditemukan lemas di perairan berhampiran Berjaya Waterfront, Stulang Laut di sini, malam tadi.
Malaysia bakal menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang mempunyai tapak pelancar roket sendiri menjelang 2029, dengan menumpukan tiga lokasi cadangan di Pahang, Sarawak dan Sabah sejajar Dasar Angkasa Negara 2030.
Pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 akan menggunakan pelbagai mekanisme pembayaran, dan bukan bergantung pada penggunaan MyKad fizikal semata-mata.
Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan diadakan sebelum November ini berikutan tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) dijangka terbubar secara automatik pada bulan tersebut.
Syarikat terlibat diminta mengemukakan laporan penuh siasatan kepada JKKP Terengganu berhubung insiden kebocoran paip gas milik Petronas Gas di tapak projek ECRL semalam.
Satu lagi alat pembakaran mudah alih (portable flare) dipasang hari ini di kawasan Petronas Gas Berhad (PGB), Tapak Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Seksyen 5, Kerteh dekat Kemaman, bagi melupuskan sisa gas butana dalam paip yang mengalami kebocoran.
Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Ahad mengarahkan suami kepada pengasas produk kecantikan Dnars, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad mengemukakan penjelasan bertulis berhubung kegagalan memulangkan wang tunai RM1.3 juta sebagaimana perintah pada 13 Ogos lalu.
Sabah mencatatkan jumlah masjid terbanyak di negara ini dengan 1,127 buah masjid, selain 1,222 surau di seluruh negeri, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Golongan belia perlu didedahkan dengan maklumat tepat mengenai inisiatif Kerajaan MADANI, khususnya program pembangunan diri agar aspek ekonomi dan sosial golongan itu dapat ditingkatkan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami