MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 22 September 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 22 September 2025.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelaksanaan petrol RON95 pada harga RM1.99 bermula 30 Sept ini bagi rakyat tempatan menerusi insiatif BUDI95. Bagi bukan warganegara pula, RON95 ditetapkan pada RM2.60.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan memaklumkan, putera baginda, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah akan melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Cik Afzaa Fadini Datuk Abdul Aziz, pada 2 Oktober ini.
Mahkamah Koroner hari ini mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung kenyataannya mengenai inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang didakwa menghina mahkamah.
Pos Malaysia Bhd akan menggunakan model perniagaan baharu mulai suku keempat 2025 agar ia mampu menangani cabaran dalam perkhidmatan mel tradisional dan memacu pertumbuhan masa depan.
Seorang ibu kepada enam anak dijatuhi hukuman denda RM2,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan cuai sehingga menyebabkan kematian anak bongsunya.
Petisyen difailkan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada empat pertuduhan berkaitan dana Armada.
Kenyataan Presiden Parti Warisan berhubung prosiding inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir disifatkan sebagai subjudis, dan berpotensi mengganggu kelancaran perjalanan inkues.
Projek ECRL capai 87% kemajuan sehingga Ogos 2025, dengan segmen Terengganu antara yang paling pantas disiapkan kerana isu tanah selesai awal dan faktor geografi yang rata.
Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd telah dan akan terus menjalankan siasatan terhadap aset pembetungan di seluruh Pulau Pinang termasuk di sepanjang Jalan Burma, yang berlaku kejadian lubang benam pada Ahad.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan doa buat sukarelawan misi pelayaran kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), dan berharap usaha itu menjadi sinar harapan buat rakyat Gaza.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami