MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Oktober 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Oktober 2025.
1. 22 cedera dalam insiden letupan mercun di Kulim
Seramai 22 orang awam cedera dalam insiden letupan mercun di Paya Besar, Kulim pada 12.45 tengah malam.
2. PM Anwar seru rakyat semai perpaduan, kukuh semangat kekitaan sempena Deepavali
Semangat saling menghormati dan persefahaman antara satu sama lain perlu sentiasa dipupuk serta diperkukuh.
3. Haji 2026: Arab Saudi ketatkan syarat, pesakit kronik dan berjangkit tiada peluang ke Tanah Suci
Syarat itu perlu dipatuhi oleh semua bakal jemaah haji sebelum layak memperoleh visa haji daripada pihak berkuasa Arab Saudi.
4. Malaysia diiktiraf dunia: Kor Ming terima anugerah khas di Global Zero Waste Forum 2025
Anugerah ini memperkukuh peranan KPKT dan kedudukan Malaysia sebagai rakan global dalam gerakan kehidupan sifar sisa.
5. Pelajar maut ditikam: Suasana pilu iringi upacara persemadian Shing Xuen
Suasana pilu menyelubungi Krematorium Nirvana, Seksyen 21 apabila keluarga, guru dan rakan-rakan hadir memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Yap Shing Xuen, pelajar perempuan berusia 16 tahun yang maut dalam kejadian tragis di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selasa lalu.
6. Polis tahan dua lagi lelaki bantu siasatan kes bunuh dua beranak di Juru
Polis menahan dua lagi lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes seorang wanita yang ditemukan maut bersama anak perempuannya di sebuah rumah di Kampung Sekolah Juru, di sini, pada Sabtu.
7. EU puji peranan Malaysia dalam ASEAN, usaha perjuangkan hak asasi manusia
Kesatuan Eropah (EU) memuji peranan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025, menyifatkannya sebagai luar biasa dan mengagumkan sambil menyatakan harapan untuk mengukuhkan kerjasama dengan rantau itu melalui peningkatan nilai hak asasi manusia dalam perjanjian ekonomi dan perdagangan masa hadapan.
8. Malim gunung bukan sekadar penunjuk arah, mereka penyelamat situasi
Malim gunung bukan sekadar penunjuk arah di laluan pendakian, malah memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan dan kelangsungan aktiviti pendakian di seluruh negara.
9. Tiada kit ujian kendiri influenza diluluskan untuk orang awam - PHM
Public Health Malaysia (PHM) menegaskan bahawa tiada sebarang kit ujian kendiri influenza yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) untuk kegunaan orang awam setakat ini, meskipun semakin banyak produk seumpamanya dijual di pasaran dan secara dalam talian.
10. Ranking tertinggi karier, Sivasangari kini Nombor 6 dunia
Bintang skuasy negara S. Sivasangari meneruskan momentum cemerlang di pentas antarabangsa apabila naik dua anak tangga untuk menduduki tangga keenam dunia, kedudukan tertingginya dalam ranking terkini Persatuan Skuasy Profesional (PSA) yang diumumkan hari ini.