Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 26 November 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 26 November 2025.
Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjalankan siasatan segera, menyeluruh dan bebas berhubung dakwaan salah laku yang melibatkan peletakan jawatan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin sebagai Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Ayah sayang semua, jaga diri baik-baik." Itu pesanan wakil Astro AWANI di Perlis, Mohamad Asri Shafii dalam bentuk 'voice note' diterima isterinya, Norhanani Ahmad sebelum dikejutkan dengan khabar duka suaminya meninggal dunia disyaki akibat serangan jantung.
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turun ke Sabah bagi membantu menggerakkan kempen calon-calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri ke-17 Sabah bermula Rabu.
Mahkamah Tinggi Syariah mengeluarkan waran tangkap terhadap pengasas program motivasi rumah tangga eHati dan kaunselornya selepas gagal hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan.
5. SPRM siasat tohmahan berkaitan bekas Setiausaha Politik PM
5. SPRM siasat tohmahan berkaitan bekas Setiausaha Politik PM
SPRM akan segera menjalankan siasatan berhubung tohmahan pemberian rasuah seorang ahli perniagaan kepada bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri.
6. Kes serang wartawan, polis tahan seorang individu
6. Kes serang wartawan, polis tahan seorang individu
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes serangan terhadap wartawan sukan dan Timbalan Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) Haresh Deol, di Bangsar semalam.
Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini membuat laporan polis terhadap ahli perniagaan, Albert Tei yang didakwa memfitnah serta melakukan konspirasi jahat dengan tujuan mencemarkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menjatuhkan kerajaan melalui cara tidak demokratik.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang mendedahkan perkara itu berkata, data sebenar hanya muncul apabila kes bunuh diri dilaporkan, dan angka itu menunjukkan lelaki khususnya belia bekerja bawah 40 tahun paling terjejas.
Negara tidak akan berjaya sekiranya kerajaan yang dibentuk terus memainkan sentimen kenegerian dan daerah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjangkakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada Sabtu ini tidak akan menyaksikan mana-mana parti memperoleh majoriti jelas, sekali gus membuka laluan kepada pembentukan kerajaan campuran.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


