MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 13/12/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 13 Disember 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 13 Disember 2025.


1. SPR adakan mesyuarat PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag 16 Disember

Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan Mesyuarat Khas Urusan Pilihan Raya Kecil bagi Parlimen P.187 Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri N.58 Lamag, Sabah pada 16 Dis ini.



2. Trump kata Kemboja, Thailand setuju hentikan pertempuran sempadan, ucap terima kasih kepada PM Anwar

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata pada Jumaat bahawa Kemboja dan Thailand bersetuju untuk menghentikan pertempuran di sempadan, sambil merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim atas bantuan yang diberikan.


3. Muhyiddin nafi tuduhan simpan wang parti di rumah

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan tuduhan bekas PM, Tun Dr Mahathir, mengenai dakwaan mencuri wang parti dan menyimpannya di rumah.


4. Malaysia gesa Thailand-Kemboja henti permusuhan, tidak lakukan tindakan ketenteraan - PM Anwar

Malaysia menggesa Thailand dan Kemboja menghentikan segala bentuk permusuhan serta tidak melakukan sebarang tindakan ketenteraan lanjut.


5. Dua pekerja kontraktor maut, tiga cedera kren angkat arang batu runtuh di Pontian

Dua pekerja kontraktor maut manakala tiga lagi cedera, selepas sebuah kren mengangkat arang batu, runtuh di Loji Janakuasa Tanjung Bin dekat Kukup, Pontian.


6. Bahasa Melayu, Inggeris sama penting dalam era AI dan digital - PM Anwar

Kerajaan kekal komited memastikan bahasa Melayu berperanan dengan berkesan sebagai bahasa pengantar serta medium pengetahuan dalam era kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


7. Perkukuh institusi kekeluargaan menjelang fasa negara tua

Institusi kekeluargaan perlu segera diperkukuh sebagai asas kesejahteraan nasional ketika Malaysia bersiap sedia memasuki fasa negara tua menjelang 2048, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


8. Rombakan Kabinet perlu berani sentuh menteri dikritik hebat - Penganalisis

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, wajar menjadi antara nama yang digugurkan sekiranya rombakan kabinet dilakukan secara menyeluruh.


9. 1MDB: 12 lukisan bernilai lebih USD30 juta akan dikembalikan kepada Malaysia - SPRM

Sejumlah lukisan bernilai tinggi dikaitkan dengan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang kini berada di bawah kawalan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (USDOJ), akan dikembalikan kepada Malaysia.


10. Malaysia antara negara paling aman di dunia - PM Anwar

Malaysia kekal sebagai antara negara paling aman di dunia meskipun memiliki kepelbagaian kaum, agama dan serantau yang rumit, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.





#berita pilihan #tempatan #1MDB #rombakan kabinet