MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 30/01/2026 | 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 30 Januari 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 30 Januari 2026.


1. Pegawai kanan ATM, Mohamed Fauzi didakwa pecah amanah RM5 juta

Pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jen Datuk Mohamed Fauzi Kamis didakwa di Mahkamah Sesyen, di Kuala Lumpur, hari ini atas pertuduhan melakukan pecah amanah wang Tabung Kebajikan Angkatan Tentera berjumlah RM5 juta kira-kira dua tahun lepas.



2. Kes e-waste: Empat termasuk KP, TKP Alam Sekitar direman bantu siasatan

Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah Alam Sekitar dan seorang Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes berkaitan pengurusan sisa buangan elekrik dan elektronik (e-waste).


3. Peringatan KSN: Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana penjawat awam terlibat salah guna kuasa, rasuah

Perkhidmatan awam tidak akan berkompromi terhadap mana-mana penjawat awam yang didapati bersalah melakukan salah guna kuasa, rasuah atau pelanggaran tatakelola, tegas Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.


4. Ketua Pengarah LHDN diarah bayar balik RM15.672 juta kepada Petronas

Mahkamah Rayuan semalam memerintahkan Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk membayar balik RM15.672 juta kepada Petronas dalam tempoh enam bulan bermula dari semalam, berhubung cukai berlebihan kepada syarikat itu bagi tahun taksiran 2010.


5. Serangan ke atas anak: Saya sendiri akan tulis surat kepada PM, KDN usul NFA - Rafizi

Bekas Menteri Ekonomi itu turut bercadang untuk mengusulkan status Tiada Tindakan Lanjut (NFA) kerana tiada sebarang perkembangan dimaklumkan selepas enam bulan serangan tersebut berlaku.


6. Inkues Zara Qairina: Guru terima cebisan kertas tulis nama 'Zara' selepas 'spotcheck'

Saksi ke-61 memberitahu mahkamah bahawa beliau ada menerima secebis kertas tertulis nama ‘Zara’ daripada pelajar yang mengadu kehilangan wang sebanyak RM20.


7. Dakwaan serah tanah kepada Indonesia, tiada keperluan perjelas di Parlimen - Anwar

Perdana Menteri berkata tiada keperluan untuk kerajaan memberikan penjelasan di Parlimen berhubung dakwaan kononnya Malaysia menyerahkan 5,207 hektar tanah kepada Indonesia.


8. Semua pihak perlu main peranan angkat martabat sektor pelancongan - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata semua pihak perlu memainkan peranan untuk berikhtiar mengangkat martabat negara dalam sektor pelancongan.


9. JBPM tidak kompromi salah laku anggota

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku dan pelanggaran integriti dalam kalangan pegawai dan anggotanya.


10. Beberapa pimpinan Bersatu Selangor nyatakan minat sertai DAP – Muhammad Najmi

Beberapa pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dari Selangor telah berjumpa Pengerusi DAP Cawangan Wangsa Permai Kepong, Muhammad Najmi Samsudin bagi menyatakan hasrat untuk menyertai DAP.



#berita pilihan #tempatan #LHDN #perkhidmatan awam