MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 05/02/2026 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 5 Februari 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 5 Februari 2026.


1. Seorang maut, tujuh cedera kemalangan bas dan dua lori di PLUS

Keseluruhan kejadian itu melibatkan seramai 31 mangsa, merangkumi penumpang bas serta pemandu dan kelindan lori yang terlibat.



2. Rani Kulup ditidurkan di zon merah HUKM

Maklumat lanjut mengenai masalah kesihatan dihidapi Rani Kulup tidak didedahkan.


3. Kes fitnah kait Ismail Sabri dengan serangan anak Rafizi diklasifikasi NFA

AGC memutuskan untuk tidak mengambil tindakan lanjut selepas SKMM mendapati pemilik akaun Facebook terbabit tidak dapat dikenal pasti.


4. Pendakwah bebas terkenal direman SPRM, disyaki salah guna kuasa

SPRM Kedah menahan reman dua individu termasuk seorang pendakwah bebas kerana disyaki salah guna kuasa meluluskan kira-kira RM600,000 sebagai balasan bayaran mengumpul dana.


5. Bunuh ibu tunggal: Tiga lelaki direman tujuh hari

Tiga lelaki ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kejadian seorang wanita yang mati dipercayai dibunuh di kediamannya di Flat Sri Murni, Sungai Dua, Butterworth pada Rabu.


6. FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM

Pendidikan merupakan instrumen penyetara paling ampuh dalam memastikan kemajuan yang adil dan inklusif kepada seluruh rakyat Malaysia.


7. RM4.42 juta SHAKAM disalur kepada pemenang Sukan SEA, Para ASEAN 2025

Sebanyak RM4.42 juta disalurkan menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) melibatkan RM2.6 juta bagi penerima Sukan SEA 2025 dan RM1.475 juta untuk Sukan Para ASEAN 2025 di Thailand.


8. Malaysia perkukuh promosi TMM2026 melalui kerjasama berskala antarabangsa

Tourism Malaysia bakal memperluas sayap promosi pelancongan negara melalui kerjasama dengan 210 pempengaruh daripada pasaran strategik seperti China, Jepun dan Rusia yang mempunyai lebih 800 juta pengikut.


9. Pendidikan awal: KPM jamin tiada penolakan pendaftaran murid, tumpu persiapan maksimum

Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan tidak akan berlaku sebarang penolakan pendaftaran bagi kanak-kanak berumur enam tahun yang memilih untuk memasuki tahun satu mulai 2027.


10. Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan

Keluarga Altantuya Shaariibuu telah memulangkan semula ganti rugi bernilai lebih RM4.8 juta kepada Kerajaan Malaysia termasuk faedah, yang sebelum ini diberikan kepada mereka, susulan keputusan Mahkamah Rayuan yang melepaskan kerajaan daripada liabiliti atas kematian model warga Mongolia itu pada 2006.










#berita pilihan #tempatan #ASEAN #Jabatan Peguam Negara