PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak akan berhenti bersuara demi kebaikan arena bola sepak negara.
Menurut Tunku Ismail, sekiranya ada mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pandangannya, beliau tidak kisah dan akan terus berkongsi pendapat.
“Semasa saya ditanya ada tak apa-apa pesanan buat penyokong bola sepak tempatan sempena hari raya? Saya jawab selamat hari raya, maaf zahir batin kepada semua penyokong dan juga kepada mana-mana pihak yang tersinggung.
“Tetapi ia bukan bermakna saya kesal atau akan berhenti bersuara berdasarkan fakta dalam hal ehwal atau senario bola sepak tempatan.
“Jika ada pihak tak boleh terima, itu terpulang kepada pendapat masing-masing. Saya akan terus bersuara dan berkongsi pandangan mengenai industri bola sepak negara,” kata Tunku Ismail di laman sosial miliknya.
Pada masa sama, Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu berharap forum bola sepak bersama pemilik dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab Liga Malaysia (Liga-M) dapat direalisasikan demi hak penyokong bola sepak tanah air.
“Kita harus beri keutamaan dan kebebasan kepada penyokong untuk tanya apa sahaja soalan. Jangan kita sembunyi di belakang surat.
“Bersemuka dengan penyokong adalah cara terbaik. Berani kerana benar. Jangan layan orang gila dan jangan sanjung orang penakut,” ujarnya.
Persatuan Penulis Sukan-Sukan Malaysia (SAM) dilaporkan sedang berusaha untuk mengundang semua pemilik atau CEO kelab Liga-M untuk satu sesi forum secara ‘siaran langsung’ dengan penyokong.
Forum tersebut dicadangkan TMJ sebagai platform kepada penyokong mendapatkan perkembangan terkini kelab masing-masing. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Apr 25 2023
Forum tersebut dicadangkan TMJ sebagai platform kepada penyokong mendapatkan perkembangan terkini kelab masing-masing. - Foto fail/HRH Crown Prince of Johor
Tahfiz perlu turut dalami ilmu sains dan teknologi - Abang Johari
Tahfiz tidak seharusnya terhad kepada pengajian berkaitan agama saja, tetapi juga perlu dilengkapi dengan pengetahuan luas dalam ilmu sains serta teknologi.
Jasad pendaki Malaysia selamat dibawa turun dari Gunung Denali, Alaska
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Ahad berkata jasad pendaki itu kini berada di pejabat kesihatan tempatan menunggu untuk dibedah siasat.
Lima projek mitigasi banjir berkos RM247 juta dilaksanakan di SPS
Lima projek mitigasi banjir jangka pendek dan jangka panjang sedang dan akan dilaksanakan di daerah Seberang Perai Selatan.
Polis tahan lelaki bantu siasatan kes buang kucing dalam sungai
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes kucing dibungkus dalam guni dan dibuang ke sungai di Jalan Kota Giam, Jelutong.
Penuntut UiTM nyaris maut kereta terjunam dalam sungai
Hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati kemalangan itu tidak melibatkan kenderaan lain.
Kerajaan sedia pelbagai inisiatif bagi majukan TVET - Ahmad Zahid
Kerajaan telah menyediakan pelbagai inisiatif untuk memajukan Pendidikan dan Latihan dan Teknikal Vokasional (TVET) di negara ini.
Nahas helikopter TLDM: Keluarga Muhammad Firdaus terima dengan hati terbuka laporan akhir
Keluarga Allahyarham Muhammad Firdaus Ramli yang terkorban dalam nahas helikopter TLDM menerima dengan hati terbuka laporan akhir siasatan.
Ibu hamil maut kemalangan motosikal
Pihak hospital memaklumkan mangsa dan anak dalam kandungannya disahkan meninggal dunia manakala suami mangsa tidak mengalami kecederaan.
Enam MP Bersatu gugur keahlian, terlucut kerusi Parlimen - Wan Fayhsal
Keahlian enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim telah tergugur secara automatik.
AWANI Ringkas: Syarikat kapal milik Israel di Iskandar Puteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
TMJ pelawa Figo ke JB soal pembangunan bola sepak negara
Tunku Ismail meluangkan masa bertemu dengan legenda bola sepak dunia, Luis Figo di Sepanyol.
Tunku Ismail berkenan derma rumput hibrid kepada Stadium Nasional Bukit Jalil
Hasil kaji selidik yang dijalankan di padang Stadium Nasional menunjukkan bahawa rumput hibrid lebih sesuai ditanam di venue keramat Harimau Malaya itu.
Mentaliti tidak diubah, Liga-M akan terus ketinggalan - Tunku Ismail
Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan Liga Malaysia (Liga-M) akan terus ketinggalan dari segi infrastruktur sekiranya tiada perubahan mentaliti.
Kemenangan, pencapaian serta sejarah antara pesanan TMJ
Tunku Ismail menyatakan pandangan bahawa sukan bola sepak adalah tentang kemenangan, pencapaian dan mencipta sejarah.
Pemangku Sultan Johor komen sinis pengurusan Selangor
Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi komen sinis ditujukan kepada pihak pengurusan Selangor.
Rombakan Exco Johor, Aznan ganti Norlizah
Rombakan dan penstukturan semula barisan Exco Johor menyaksikan ADUN Norlizah Noh digugurkan dari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor.
Fahmi, Saifuddin serta tiga menteri JPM merafak sembah pelantikan Tunku Mahkota Ismail
Beberapa jemaah menteri turut merafak sembah dan menitipkan doa dan kesejahteraan kepada Tunku Mahkota Ismail serta keluarganya.
Tunku Ismail dimasyhur Pemangku Sultan Johor bermula hari ini
Jumaah Majlis Diraja mengumumkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Pemangku Sultan Johor, mulai Ahad.
Tunku Ismail bakal dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor esok
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan dilantik sebagai Pemangku Sultan dalam Majlis Istiadat Pelantikan Pemangku Sultan esok.
Tukar rumput demi Harimau Malaya
Katanya, penukaran rumput bukan sahaja bawa kesan positif kepada Liga Malaysia tetapi juga bakal lahirkan pemain berkualiti Harimau Malaya.