awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Biar PKR Sarawak selesaikan masalah dalaman mereka" - DAP Sarawak

Astro Awani
Astro Awani
28/02/2021
06:20 MYT
"Biar PKR Sarawak selesaikan masalah dalaman mereka" - DAP Sarawak
Beliau juga enggan mengulas lanjut tindakan Ketua PKR Sarawak, Larry Sng yang bertindak meletak jawatan dan keluar parti.
KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen menyerahkan sepenuh kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak untuk menyelesaikan kemelut politik parti itu.
Beliau juga enggan mengulas lanjut tindakan Ketua PKR Sarawak, Larry Sng yang bertindak meletak jawatan dan keluar parti.
"Sebenarnya, saya tiada apa-apa komen. Ini adalah masalah dalaman PKR, jadi biar PKR selesaikan masalah dalaman ini dalam kalangan mereka," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad.
Ditanya mengenai kedudukan blok pembangkang di negeri Bumi Kenyalang itu, Chieng Jen menjelaskan Pakatan Harapan Sarawak kekal utuh.
BACA: Timbalan Pengerusi PKR Sarawak sahkan Larry Sng letak jawatan, keluar parti
Katanya, kerjasama antara parti komponen yang terdiri daripada DAP, Amanah dan PKR tetap bersatu di Sarawak.
"Blok pembangkang atau PH yang merangkumi PKR, DAP, Amanah masih kekal. Individu sahaja yang meletak jawatan daripada parti masing-masing tetapi ia tidak mempengaruhi kerjasama di antara parti dalam PH.
"Malah, PH Sarawak juga sudah menyelesaikan rundingan pengagihan kerusi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12. Ia satu kejayaan apabila kita semua sepakat dan setuju tentang agihan kerusi itu," katanya.
Larry Sng bertindak meletak jawatan sebagai Ketua PKR Sarawak sekali gus meninggalkan parti itu.
Topic Berkaitan
#Chong Chieng Jen
#Pengerusi DAP Sarawak
#DAP Sarawak
#Larry Sng
#PKR
#Amanah
#PRN Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan