SHAH ALAM: Pembelaan dalam kes Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan mengemukakan representasi kepada Peguam Negara (AG) bagi membatalkan dua pertuduhan menghasut berhubung pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik.
Peguam Awang Armadajaya Awang Mahmud, yang mewakili Muhammad Sanusi, 50, memaklumkan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Aslam Zainuddin bahawa beliau menerima arahan daripada anak guamnya untuk menghantar representasi itu dalam tempoh empat bulan.
"Saya rasa ini penting kerana ada beberapa perkara yang tidak ada dalam dokumen yang ingin kami bangkitkan kepada AG. Oleh itu, saya mohon supaya tarikh bicara tidak ditetapkan sehingga isu representasi ini diputuskan dan mohon tarikh sebutan ditetapkan oleh mahkamah," katanya ketika kes itu disebut buat kali pertama di hadapan Aslam hari ini.
Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob pula memohon mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan kerana pembelaan boleh mengemukakan representasi itu pada bila-bila masa.
Awang Armadajaya kemudian memohon supaya senarai saksi pendakwaan diserah kepada pembelaan bagi membolehkan pihaknya menyediakan representasi yang sempurna.
Abdul Malik berkata senarai itu akan diserah kepada pembelaan dan memaklumkan bahawa pendakwaan akan memanggil kira-kira 10 saksi untuk memberi keterangan.
Aslam kemudian menetapkan 3 Mei sebagai sebutan kes bagi mengetahui status representasi dan 22, 23, 26, 29 dan 30 Julai serta 5, 6, 9, 12 dan 13 Ogos ini untuk perbicaraan.
Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri, Kedah itu mengekalkan pengakuan tidak bersalah ketika kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan semula selepas kes terbabit dipindahkan dari Mahkamah Sesyen Selayang ke Mahkamah Tinggi di sini pada 1 Feb lepas.
Mengikut kedua-dua pertuduhan, Muhammad Sanusi didakwa menyebut perkataan menghasut di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara-Kampung Bendahara, Gombak dekat sini pada 11 malam 11 Julai 2023.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 29 2024
Peguam yang mewakili Sanusi memaklumkan hakim bahawa beliau menerima arahan daripada anak guamnya untuk menghantar representasi itu dalam tempoh empat bulan. - Gambar fail
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
'Sanusi bukan pengganas' - Peguam
Menurut peguam, Awang Armadajaya Awang Mahmud, Datuk Seri Sanusi merupakan seorang Menteri Besar Kedah, bukannya pengganas.
Representasi Sanusi batal dua tuduhan menghasut ditolak
Datuk Masri Mohd Daud berkata, keputusan itu telah dimaklumkan kepada pihak pembelaan yang mewakili Sanusi, sebelum ini.
'Saya ikhlas mohon maaf' - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan beliau ikhlas ketika memohon maaf di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Projek pembangunan: Kedah rakam penghargaan maklum balas baik PM, ada kelulusan segera
Muhammad Sanusi berkata sebanyak lapan projek dikemukakan untuk persetujuan Kerajaan Persekutuan selain berbelas lagi dimasukkan ke dalam senarai.
Muhammad Sanusi mohon maaf atas keterlanjuran kata
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta maaf sekiranya ada memberi ucapan yang kurang sesuai dalam konteks hubungan sesama manusia (hablumminannas).
PM Anwar hadir Mesyuarat Pembangunan Kedah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman.
Dakwa hubungan PH-BN kini retak, Fahmi minta Sanusi diam
Muhammad Sanusi pada Isnin mengatakan bahawa Perikatan Nasional (PN) akan 'pecahkan lagi' keretakan dalam hubungan antara MCA dengan PH.
Sanusi jumpa Anwar 4 Mei, akan suarakan 'wishlist' Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa akan mengadakan pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 4 Mei depan.
Sanusi kahwin lagi: Antara 'Dok Pahang' dengan 'Duduk Pahang'
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa kapsyen bertulis 'Dok Pahang' yang dimuat naik di akaun FB miliknya beberapa hari lepas membabitkan saranan berkahwin.
Empangan bawah tanah: Kedah akan hantar pasukan teknikal ke Jepun
Cadangan membina empangan bernilai lebih RM300 juta itu telah diluluskan di peringkat Lembaga Sumber Air Negeri Kedah.