PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dalam pertemuan dengan Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr membincangkan beberapa perkara termasuk keselamatan maritim di Laut China Selatan.
Dalam satu kenyataan akhbar, Rumah Putih berkata Biden bertemu Marcos di kediaman rasmi Presiden Amerika itu pada Khamis.
"Presiden Biden dan Presiden Marcos menegaskan komitmen mereka terhadap undang-undang antarabangsa di Laut China Selatan.
Biden mengukuhkan komitmen perikatan AS dengan Filipina di bawah Perjanjian Pertahanan Bersama AS-Filipina yang dilanjutkan sehingga merangkumi serangan bersenjata ke atas angkatan tentera Filipina, kapal awam atau pesawat termasuk yang dimiliki Pengawal Pantai - di Pasifik termasuk di mana-mana lokasi di Laut China Selatan," menurut kenyataan akhbar itu.
Biden, Marcos dan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida berada di Washington untuk sidang kemuncak trilateral pertama kali seumpama itu pada Khamis.
Kenyataan Akhbar Rumah Putih itu berkata kedua-dua presiden mengalu-alukan momentum yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam hubungan AS-Filipina.
Kedua-dua presiden juga melihat semula inisiatif untuk mempertingkatkan keselamatan ekonomi dan tenaga, memperkukuhkan kerjasama maritim, melabur dalam infrastruktur kritikal, mengukuhkan komitmen bersama mereka untuk mempromosi demokrasi, hak asasi manusia dan mengeratkan hubungan sesama rakyat.
Ketegangan antara China dan Filipina di Laut China Selatan meningkat berikutan insiden di kawasan perairan bulan lepas termasuk penggunaan meriam air dan pertikaman lidah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 12 2024
Rumah Putih berkata Biden bertemu Marcos di kediaman rasmi Presiden Amerika itu pada Khamis. - Reuters
Kekejaman zionis: PBB beri amaran stok makanan di Gaza kehabisan
Ketua bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa kebuluran adalah risiko segera di Gaza dengan stok makanan kehabisan.
Kekejaman zionis: Israel mesti dihentikan! - Afrika Selatan di Mahkamah Dunia
Afrika Selatan gesa Mahkamah Tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk perintahkan penghentian serangan Israel ke atas Rafah.
Kekejaman zionis: Liga Arab gesa gencatan senjata di Gaza
Pemimpin Arab menggesa gencatan senjata segera di Gaza, penarikan tentera Israel dan pembatalan sekatan terhadap orang awam di Gaza semasa sidang kemuncak Liga Arab, di Bahrain, pada Khamis.
Wartawan bertanggungjawab patuhi etika dalam pelaporan berita - Ahli akademik
Wartawan mempunyai peranan penting dalam membina peradaban dan ketamadunan selain mempelopori isu-isu kemanusiaan, keamanan serta ekonomi.
Pengeluar automotif China BAIC lancar dua model kereta penumpang pertama di Malaysia
BAIC sasar buka 10 cawangan pengedar di seluruh negara tahun ini dengan yang pertama dikendalikan oleh Edaran Otomobil Elektrik (M) Sdn Bhd.
ERL, DK SCHWEIZER umum kerjasama sedia kerusi kulit premium untuk VIP KLIA Ekspres
Kerjasama itu merupakan pencapaian penting bagi kedua-dua syarikat dengan memanfaatkan kelebihan masing-masing.
Pendapatan lebih RM1 bilion, Ronaldo kekal atlet terkaya dunia - Forbes
Pemain berusia 39 tahun itu memperoleh pendapatan AS$260 juta (RM1.22 bilion) - meningkat daripada AS$136 juta (RM637 juta) - sejak 12 bulan lalu.
LKM sasar 10,000 hektar tanaman koko dalam lima tahun
LKM menggalakkan lebih ramai pemilik ladang kecil termasuk petani mengusahakan tanaman koko bagi mencapai sasaran keluasan tanaman komoditi itu.
Gunung berapi Ile Lewotolok Indonesia meletus, paksa Wings Air batal pendaratan
Sebuah pesawat Wings Air di laluan Kupang-Wunopito Lembata dengan 40 penumpang sepatutnya mendarat di lapangan terbang pada jam 11 pagi.
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden
Joe Biden dan Donald Trump setuju mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya.
Laporan Amerika dedahkan Israel salah guna bantuan senjata
Pentadbiran Joe Biden mendapati Israel menggunakan bantuan senjata dari AS tanpa mengikut lunas undang-undang antarabangsa.
AS-Israel tidak sehaluan lagi kerana ofensif Rafah
Hubungan Amerika Syarikat (AS) dan Israel semakin tegang selepas Presiden Joe Biden memberi amaran tegas tentang rancangan ofensif berskala besar itu.
Michelle Yeoh antara 19 penerima Medal Of Freedom
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menganugerahkan Pingat Kebebasan (Medal Of Freedom) kepada 19 penerima di White House, Washington pada Jumaat.
Biden bincang dengan pemimpin Qatar, Mesir cadangan gencatan senjata Gaza
Biden mengesahkan AS bersama-sama Mesir dan Qatar akan berusaha untuk memastikan pelaksanaan penuh syarat-syaratnya.
Biden kekal tidak sokong pencerobohan di Rafah
Mesej itu disampaikan menerusi perbualan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Ahad.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Biden enggan hadir pendengaran awam - Jawatankuasa Pemantauan Dewan AS
Biden menolak permintaan anggota kongres untuk memberi keterangan secara terbuka sebagai sebahagian daripada siasatan pendakwaan yang tertumpu kepada dakwaan aktiviti jenayah oleh keluarganya.
Jordan tidak benarkan perang serantau berlaku di wilayahnya - Raja Abdullah II
Raja Abdullah menekankan keperluan untuk menghentikan peningkatan konflik di rantau itu dengan segera.