TAPAH: “Bila lagilah Uya (Aszura) nak makan mi kari kakak ni?”, kata Noraini Maswan, 44, mengingati kata-kata Aszura Bani, 37, mangsa lemas tragedi kepala air di Sungai Kenjur, Sg Poh, Bidor sewaktu mangsa singgah makan di kedai makan tempat Noraini bekerja.
Noraini berkata Isnin lalu, Aszura kali terakhir datang makan mi kari kuah kicap di kedainya bersama anaknya lelakinya Hafiy Muhayat Azam, 4, yang turut terlibat dalam kejadian petang semalam.
Dua lagi anak Aszura yang dikhuatiri lemas ialah Hana Mikayla, 6, dan Hanum Marissa, 2.
“Saya tak sangka kata-kata itu menjadi petanda Aszura akan pergi selama-lamanya, dia dan Hafiy memang selalu makan di kedai tempat saya bekerja sejak setahun lalu, seminggu sekali dia akan singgah makan dan makanan kegemarannya mi kicap kuah kari,” katanya ketika ditemui di sekitar tempat kejadian malam tadi.
Dalam kejadian semalam, Aszura yang berkelah bersama tiga anaknya, kakaknya Aslinda Bani, 38, anak Aslinda dan seorang pembantu rumah, terperangkap dalam kepala air jam kira-kira jam 4.03 petang sebelum mayatnya ditemukan petang semalam, disusuli penemuan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dipercayai anaknya, pada jam 9.45 malam tadi.
Bagaimanapun Aslinda dan anaknya yang berusia 12 tahun serta pembantu rumah wanita warga Indonesia ditemukan selamat, manakala dua anak Aszura masih hilang.
Sementara itu, kakak ipar Aszura, Ainur Radin Mustapha Amiruddin, 51, berkata dia bertemu dengan Aszura, suaminya Azam Radin Mustapha Amiruddin, 46, dan dan tiga anak saudaranya di rumahnya ibunya di Bidor minggu lalu.
Beliau berkata dalam pertemuan itu, tiga anak saudaranya sangat teruja bertemu nenek mereka dan dalam minggu itu sahaja telah dua kali Aszura dan adiknya sekeluarganya melawat rumah tersebut.
“Mereka (tiga beradik) kata sangat rindukan opah mereka, minggu lepas sahaja dua kali mereka datang melawat,” katanya.
Ainur berkata adiknya Azam tidak mengikuti isteri dan anak-anaknya berkelah, kerana ada urusan lain.
“Sehingga sekarang saya masih belum jumpa Azam sebab dia terus ke hospital, saya tak tahu keadaan dia macam mana, sebab hilang isteri dan tiga anak sekali gus,” katanya.
Ainur berkata beliau berharap dua lagi anak saudaranya akan ditemukan, walau dalam apa keadaan sekali pun.
“Kalau boleh memang nak mereka selamat, jika tidak, harap dipermudahkan (pencarian),” katanya.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mencari dua kanak-kanak mangsa yang masih hilang diteruskan pagi ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 08 2024
Aslinda tidak dapat menahan kesedihan sejurus menerima berita kematian adiknya, Aszura, ekoran kejadian kepala air di Sungai Kenjur Kampung Poh, Bidor semalam. --fotoBERNAMA
Legenda bola sepak Perancis Cantona persoal sikap dunia terhadap Israel
Legenda bola sepak Perancis, Eric Cantona mempertikaikan sikap dunia terhadap Israel.
20 ahli 'Geng TR' dihadapkan ke mahkamah
20 individu dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menyertai kumpulan jenayah terancang, Geng TR sejak lima tahun lepas.
Pengadu tarik balik laporan, anggap kes dipukul pengawal peribadi hanya salah faham - Polis KL
Rusdi berkata laporan polis kedua dibuat pengadu bagi menyelesaikan perkara yang berlaku secara baik, serta tidak mahu memanjangkan kes.
SPRM setuju lanjut tempoh isytihar harta anak Tun M - Azam Baki
SPRM membenarkan tempoh lanjutan pengisytiharan harta dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
2 maut nahas pesawat di Ecuador, kemalangan udara ke-4 dalam tempoh 2 bulan
Dua orang terbunuh dan seorang cedera pada Selasa apabila pesawat kecil mereka terhempas di Santa Rosa, wilayah pantai selatan El Oro, Ecuador, kata Direktorat Jeneral Penerbangan Awam.
Ahmad Zahid mulakan lawatan rasmi ke Beijing
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memulakan lawatan rasmi beliau di Beijing pagi ini dengan menghadiri mesyuarat pre-council.
MIDF jangka inflasi naik sedikit pada tahun ini
Inflasi Indeks Harga Pengeluar (IHPR) yang meningkat sebanyak 1.9 peratus tahun ke tahun pada April 2024 menunjukkan tekanan kos yang lebih tinggi untuk perniagaan tempatan, menurut MIDF Research.
Kru Shenzhou-18 jayakan misi EVA kali pertama
Kru kapal angkasa lepas Shenzhou-18 berjaya menyelesaikan aktiviti luar kenderaan (EVA) kali pertama pada Selasa, menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA).
Empat lelaki ditahan disyaki ceroboh Pusat Hidrografi Nasional
Empat lelaki warga asing ditahan kerana disyaki menceroboh kawasan pintu utama Pusat Hidrografi Nasional (PHN) di Pulau Indah, Klang dekat sini pada Ahad lepas.
Pesawat tentera AS terhempas
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat terhempas berhampiran Albuquerque Sunport pada Selasa.
Lapan sekeluarga selamat musibah kepala air
Lapan sekeluarga nyaris maut dalam kejadian kepala air ketika mandi di Lata Payong, Sungai Tong, Setiu petang semalam.
Kejadian kepala air di Lata Iskandar disebabkan hujan lebat
Kejadian kepala air yang berlaku di air terjun Lata Iskandar berpunca daripada hujan lebat.
Lata Kinjang dilanda kepala air
Hujan lebat beberapa jam yang melanda kawasan Kampar dan Tapah menyebabkan berlaku kejadian kepala air di Lata Kinjang awal pagi ini.
Lima remaja, seorang kanak-kanak terperangkap akibat kepala air di Nilai
Lima remaja dan seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas selepas terperangkap di atas batu di tengah Sungai Batang Labu Batu 9, Kampung Tebing Tinggi di sini dalam kejadian kepala air.
Kepala air Lahad Datu: Aktiviti river hiking tidak dapat kelulusan, kebenaran
Polis mengesahkan sebanyak 15 individu terlibat dalam kejadian kepala air di Lembah Maksina, Makuau, Tungku semalam.
Dua lelaki diselamatkan, terperangkap arus deras kepala air
Ketika kejadian, kedua-dua lelaki berkenaan sedang melakukan aktiviti memancing di kawasan tersebut.
Mayat mangsa tragedi kepala air di Kampung Sebat ditemui
Mayat mangsa ditemui tersangkut di celah-celah batu di kawasan air terjun tersebut oleh penduduk kampung.
Kepala air: Seorang maut, seorang hilang di air terjun Kampung Sebat
Insiden tersebut melibatkan empat mangsa yang kesemuanya lelaki dengan dua daripada mereka berjaya diselamatkan orang kampung.
41 ahli keluarga cemas terperangkap insiden kepala air di Kapit
Akibat hujan lebat yang melanda, air sungai naik secara tiba-tiba mengakibatkan kepala air yang deras dan semua mangsa yang berada di situ terperangkap.
Tragedi kepala air: Jenazah Aszura selamat dikebumi
Jenazah Aszura disemadikan selepas disolatkan di Masjid Al-Muhtadin kira-kira jam 11.30 pagi sebelum dibawa ke tanah perkuburan.