KUALA LUMPUR:Berjaya!
Misi #botakchallenge oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam usaha mengumpul RM200,000 untuk membeli komputer riba bagi keluarga susah di kawasan Parlimennya mencapai sasaran.
Menariknya beliau berkata, jumlah kutipan sumbangan untuk 'Kempen 1 Rumah 1 Komputer' itu melebihi daripada jumlah sasaran tersebut sehingga jam 7 malam tadi.
"Setakat pukul 7 (malam) tadi, alhamdulillah kita bukan hanya mencecah RM200,000 tetapi dah nak kali dua iaitu RM383,000.
"Terima kasih kerana membantu keluarga susah di Muar supaya kita dapat kurangkan jurang digital di Muar," katanya dalam AWANI745 pada Rabu.
BACA: Syed Saddiq botakkan kepala di Astro AWANI malam ini? Ada berani?
Dalam perkembangan sama, bekas Menteri Belia dan Sukan itu memberitahu, perkara unik disedarinya adalah kebanyakan yang menyalurkan sumbangan bukan terdiri daripada penderma besar.
"Purata sumbangan dalam lingkungan RM34 hingga RM37 bermakna mereka penyumbang kecil.
"(Bagaimanapun) Jumlahnya sangat besar... refurbished laptop jumlahnya RM120,000 dan yang lain sumbangan kecil melalui tunai," katanya.
Tambah beliau, perancangannya selepas ini adalah memohon kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan pengagihan komputer riba itu berjalan secara adil.
"Esok atau pada hari susulannya saya akan jumpa atau hantar surat secara rasmi kepada SPRM supaya turut serta bantu dalam proses penyampaian agar ia dapat dilakukan dengan adil.
"Kita hendak audit sebaik mungkin sebab kita hendak sampaikan komputer riba ini kepada semua pihak (selain) memastikan ia berkualiti tinggi, bukan yang tahan dua tiga bulan sahaja," kata beliau.
Dalam pada itu, ditanya mengenai kesanggupan atau keberaniannya untuk membotakkan kepala sehingga licin, Syed Saddiq berkata: "Bukan berani atau tidak, tapi apabila janji telah dibuat, janji perlu ditunaikan walaupun ibu tengok dalam studio macam tak nak sahaja... tapi ini tanggungjawab.
"Tak apa, rambut boleh tumbuh tapi (hasil) sumbangan ini akan kekal lama," katanya.
Farhana Joni
Wed Dec 30 2020
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya meraih RM383,000 dalam misi #botakchallenge bagi mengurangkan jurang digital di Parlimen Muar. - Gambar Astro AWANI.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Pengurusan kes rayuan Syed Saddiq ditetapkan 14 Mei
Peguam Syed Saddiq, Datuk Hisyam Teh Poh Teik ketika dihubungi mengesahkan penetapan tarikh pengurusan kes tersebut.
Jelajah PN: Syed Saddiq beri penjelasan kepada kepimpinan MUDA
Syed Saddiq berkata sebarang keputusan untuk bekerjasama dengan mana-mana parti, perlu dibuat demi kepentingan rakyat dan bukan atas nama parti.
Rakyat label 2024 sebagai “Tahun Mahal Dah Ni” - Syed Saddiq
Syed Saddiq meminta kerajaan jujur dan ikhlas dalam memberi penerangan terhadap pengenalan dan kenaikan cukai yang dilaksana dalam negara.
Naikkan gaji penjawat awam, hapuskan pencen menteri, wakil rakyat
Politik berubah tetapi penjawat awam kekal, tegas Syed Saddiq.
Syed Saddiq lantik peguam baharu untuk rayuan terhadap sabitan, hukuman
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melantik peguam baharu bagi mewakili beliau dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan.
Penurunan had umur belia percepat kematangan mereka - Pakar
Hampir empat tahun diluluskan oleh Parlimen, akhirnya kerajaan mengumumkan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019.
Syed Saddiq kosongkan jawatan Presiden MUDA
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan mengosongkan jawatan presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati beliau bersalah.
Syed Saddiq fail notis rayuan, kurang 5 jam selepas dijatuhi hukuman
Pihak pembelaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memfailkan notis rayuan di Mahkamah Tinggi pada jam 3 petang, Khamis.
Kronologi kes Syed Saddiq berhubung dana Armada
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta oleh Mahkamah Tinggi hari ini.
Syed Saddiq wakil rakyat pertama dihukum sebat
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjadi wakil rakyat pertama dikenakan hukuman sebatan bagi kesalahan jenayah kolar putih.