KOTA KINABALU: Populasi buaya di sungai Sabah dipercayai masih dalam saiz populasi yang sihat biarpun terdapat pertambahan haiwan itu sejak ia mula dilindungi daripada pemburuan besar-besaran sekitar 80-an.
Ahli Zoologi Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Dr Abdul Hamid Ahmad berkata Sabah yang dilitupi kawasan berair memberikan habitat sesuai untuk buaya hidup selesa tidak kira di laut, sungai, tasik dan kolam.
Beliau berkata habitat itu serta kawasan terlindung daripada gangguan manusia juga telah memberikan kawasan pembiakan yang sesuai untuk buaya, dan jumlah pembiakan yang lebih banyak daripada kematian dipercayai menyebabkan pertambahan populasi itu.
"Populasi buaya ini boleh diuruskan dengan tujuan memberi pulangan ekonomi khususnya kepada penduduk yang berhampiran habitat haiwan itu seperti yang dijalankan di negara Australia dan Amerika Syarikat selain melindunginya sebagai khazanah semula jadi," katanya kepada Bernama.
Abdul Hamid berkata ketika ini langkah pihak berkuasa menembak buaya dilihat tidak menjejaskan populasi haiwan itu kerana ia adalah langkah kawalan untuk melupuskan buaya bersaiz besar yang berada di kawasan berpenduduk kerana semakin besar saiz buaya maka semakin besar mangsa yang akan ditangkap.
Katanya penduduk yang tinggal di kawasan yang mempunyai buaya biasanya boleh mengetahui kehadiran reptilia besar itu dan mereka tahu bagaimana mengelak daripada diserang namun kelalaian ataupun kekurangan kemudahan serta peralatan keselamatan menjadi punca kepada risiko serangan buaya.
"Tiada panduan khusus mengelak serangan buaya selain berhati-hati dan menggunakan alat atau struktur boleh melindungi diri seperti membina jeti dan berperahu," katanya berdasarkan kajian kes serangan buaya menunjukkan sering terjadi ketika mangsa berada dalam air atau di pinggir air, juga awal pagi atau senja.
Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah menerusi satu kajian yang dibuat selama dua tahun pada 2017 hingga 2019 berjaya merekodkan 2,886 ekor buaya membabitkan 10 sungai seluruh negeri ini dan kajian itu dilakukan 20 tahun sekali bagi menilai populasi buaya di negeri ini.
Pada masa ini, buaya air masin ialah spesies dilindungi di Sabah dan pada 2016, Malaysia memindahkan status buaya itu daripada Lampiran I kepada II, dengan pemburuan liar dihadkan kepada Sarawak dan kuota sifar untuk spesimen liar bagi negeri lain di Malaysia termasuk Sabah.
Sementara itu, Pengarah Pusat Lapangan Danau Girang (DGFC) Prof Benoit Goossens berkata kuota harus dikeluarkan oleh pihak berkuasa untuk mengelak kepupusan populasi buaya jika lesen memburu buaya diberikan kepada orang ramai atas faktor keselamatan.
Beliau berkata melupuskan atau membunuh buaya besar, kebanyakannya jantan di sungai-sungai berikutan konflik manusia-buaya, berpotensi mewujudkan lompang kuasa iaitu buaya jantan lain datang ke situ untuk tujuan penggantian.
"Saya percaya haiwan reptilia itu boleh dilupuskan yang mendatangkan bahaya kepada orang ramai, di bawah kawalan ketat Jabatan Hidupan Liar Sabah untuk mengelakkan peningkatan pemburuan ke atas buaya termasuk buaya muda.
"Walaupun Australia mempunyai populasi buaya terbesar, jumlah serangan sangat terhad berbanding Indonesia dan Malaysia, ini disebabkan kempen kesedaran dan pendidikan awam yang sesuai," katanya sambil menambah papan tanda perlu dipasang di kawasan reptilia itu menghuni.
Goossens berkata beliau telah mengunjungi 10 sungai di Sabah antara 2017 dan 2019 untuk menjalankan penyelidikan mengenai buaya yang turut membantunya menghasilkan buku bertajuk, "Opogi: A Bornean Crocodile".
Buku setebal 88 muka surat yang diterbitkan pada 2019 itu mengisahkan mengenai seekor buaya jantan berusia setahun bernama Opogi yang tinggal di Sungai Kinabatangan di pedalaman Sabah, yang menurut Goossens, penulisan kisah Opogi adalah untuk memberi pembaca pengetahuan asas mengenai tabiat buaya dan habitatnya.
Bagaimanapun, menurut beliau ketika ini penyelidik belum dapat menentukan jumlah buaya di Sabah dan berdasarkan penyelidikan daripada 2017 hingga 2019, mendapati saiz populasi buaya di 10 sungai adalah 2,886 ekor sama seperti yang dilaporkan oleh JHL Sabah.
"Tinjauan ini juga mendapati Pusat Hidupan Liar Kinabatangan Bawah mempunyai jumlah populasi buaya terbesar di Sabah dengan anggaran sebanyak 1,368 ekor," katanya.
Beliau berkata keputusan itu menunjukkan bahawa dalam tempoh 20 tahun ini tidak menunjukkan bukti yang ketara mengenai peningkatan dalam populasi buaya di Sabah dan juga tidak menjadi faktor penentu dalam laporan konflik manusia-buaya.
"Ketiadaan mangsa yang digemari buaya besar, babi berjanggut berikutan wabak Demam Babi Afrika baru-baru ini di Sabah antara punca serangan buaya terhadap manusia meningkat," kata Goossens.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 24 2023
Prof Benoit berkata, melupuskan atau membunuh buaya besar, kebanyakannya jantan, di sungai-sungai, berpotensi mewujudkan lompang kuasa iaitu buaya jantan lain datang ke situ untuk tujuan penggantian. - Gambar fail/BERNAMA
Tidak seharusnya timbul isu birokrasi
Isu birokrasi seharusnya tidak harus timbul termasuk kerjasama semua Kementerian dan agensi Kerajaan untuk berganding bahu dalam membangunkan sektor penternakan.
Keterlibatan belia dalam isu sosial, politik sumbangan kepada nasionalisme
Salah satu cara utama belia menyumbang kepada nasionalisme adalah melalui penglibatan aktif mereka dalam isu sosial dan politik.
FAM pandang serius insiden pergaduhan Piala Belia, ambil tindakan tegas
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memandang serius insiden pergaduhan pemain pada Perlawanan Piala Belia 2024 antara Melaka FA dan Sri Pahang FC di Stadium Hang Tuah, Melaka Ahad lepas.
Agihan 140,000 tan beras di seluruh negara lancar
Agihan sebanyak 140,000 tan beras di seluruh negara berjalan dengan lancar.
'Saya tahu dia tidak sekejam itu' - Datin Red cerai tak tuntut nafkah, kekal hubungan baik
Dia membuat keputusan itu kerana memahami keadaan bekas suaminya yang kini berada dalam kesusahan.
Kes Zulfarhan: Lima bekas penuntut UPNM tarik balik rayuan
Semua mereka kekal dipenjara kerana berdepan dengan sabitan dan hukuman penjara 18 tahun bagi tuduhan mencederakan tanpa niat membunuh Zulfarhan.
iOS 17.5, Android 6 ke atas kini boleh banteras penyalahgunaan penjejak objek
Google telah memperkenalkan ciri ini sejak Julai tahun lepas, t i
Kastam tumpas cubaan seludup daging anak babi lebih RM1 juta
JKDM Perak berjaya mematahkan cubaan menyeludup daging anak babi sejuk beku bernilai RM1.04 juta di Pelabuhan Klang, Selangor pada 7 Mei lalu.
Tentera Israel 'banjiri' utara, selatan Gaza tingkatkan serangan
Ratusan ribu orang kini terpaksa melarikan diri, walaupun kira-kira separuh daripada penduduk Gaza dijanjikan perlindungan di situ selepas Israel mengarahkan pemindahan dari utara Gaza pada Oktober lalu.
Arab Saudi komited bantu jemaah haji melalui teknologi
Presidensi Hal Ehwal Agama Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dalam satu kenyataan berkata mereka komited meningkatkan rancangannya bagi mewujudkan suasana yang kondusif bagi jemaah melaksanakan ibadah haji melalui teknologi, dan pendigitalan perkhidmatan.
Lelaki diserang buaya ketika jala ikan di Pantu
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan dimulakan pagi ini, kerana keadaan malam tadi sudah terlalu gelap.
Pemaju hartanah nafi dakwaan blogger tentang serangan buaya di Forest City
Hantaran berkenaan tidak berasas dan berniat jahat selain mengundang persepsi negatif dalam kalangan masyarakat dan menjejaskan reputasi.
Polis Kinabatangan lepaskan 12 das tembakan supaya buaya lepaskan mangsa dibaham
Polis Kinabatangan terpaksa melepaskan 12 das tembakan supaya seekor buaya melepaskan seorang mangsa yang dibaham haiwan berkenaan di Ladang Limddale, Kampung Paris 2 hari ini.
Fahami konflik manusia-buaya supaya wujud menang-menang dalam kitaran alam
Pemahaman biasa atau umum mengganggap kehadiran buaya memberi kesan negatif terhadap kepentingan manusia.
Buaya di Sabah dipercayai masih dalam saiz populasi sihat - Ahli zoologi
Sabah yang dilitupi kawasan berair memberikan habitat sesuai untuk buaya hidup selesa tidak kira di laut, sungai, tasik dan kolam.
Perhilitan Selangor sahkan kehadiran buaya di Tasik Kiambang
Perhilitan Selangor mengesahkan kehadiran seekor buaya di Tasik Kiambang, Serendah susulan menerima aduan awam berkaitan kelibat reptilia tersebut.
Mayat wanita Florida ditemui dalam mulut buaya
Reptilia itu kemudian dibunuh secara berperikemanusiaan, menurut kenyataan akhbar dari pejabat sheriff.
Florida: Mayat manusia ditemukan dalam mulut aligator
Aligator itu dikeluarkan dari air dan telah dibunuh.
Hasrat tangkap ketam berakhir tragedi, lelaki maut digigit buaya
Mayat lelaki warga asing berusia 23 tahun ditemui dalam keadaan tertiarap di tepi pantai berhampiran Pos ATM, Kampung Tanjung Batu, sekitar jam 7.20 pagi.
Wanita warga emas cedera digigit buaya ketika tangkap udang galah
Mangsa cedera pada bahagian pergelangan kaki kanan kerana digigit reptilia terbabit selain luka di kepala akibat terhantuk bucu perahu ketika menyelamatkan diri.