KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Kenny Goh berpendapat Persekutuan Badminton Dunia (BWF) perlu menyemak semula model penganjuran saingan Piala Thomas dan Uber.
Beliau berkata perbincangan dalaman perlu dalam kalangan ahli majlis badan dunia itu mengenai hak penganjuran untuk kejohanan berpasukan dunia lelaki dan wanita.
Ditanya sama ada BAM berminat untuk membida bagi saingan Piala Thomas dan Uber 2026, beliau berkata badan induk badminton negara itu tidak berhasrat untuk berbuat demikian pada masa ini, selepas BWF melanjutkan tarikh akhir permohonan untuk menjadi tuan rumah Piala Thomas dan Uber sehingga 1 Feb.
"Sebelum saya mengulas sama ada Malaysia patut membida, saya berpendapat BWF mungkin perlu melihat dan mengkaji semula model untuk tuan rumah.
"Saya rasa agak mengecewakan kenapa sehingga kini masih tiada bidaan dan BWF terpaksa melanjutkan tarikh akhir," kata Kenny yang juga Ahli Majlis BWF kepada pemberita.
Edisi sebelum ini diadakan di Nonthaburi, Thailand pada Mei 2022, manakala edisi seterusnya dijadualkan dari 28 April hingga 5 Mei 2024 di Chengdu, China.
Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah Piala Thomas dan Uber ialah pada 2010 di Kuala Lumpur.
Sementara itu, Kenny berkata persediaan untuk pembukaan musim 2024 Terbuka Malaysia, yang dijadualkan mulai 9 hingga 14 Jan di Arena Axiata berjalan lancar.
"Jualan tiket memberangsangkan, setakat Jumaat, kebanyakan tiket separuh akhir dan akhir telah dijual," katanya.
Mengenai pemain luar dibenarkan berlatih bersama-sama pemain kebangsaan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara sebagai pemanas badan untuk Terbuka Malaysia, Kenny akan membincangkan perkara itu dengan pengarah kejurulatihannya Rexy Mainaky bagi mengelak kesesakan di pusat latihan negara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 30 2023
KENNY: Sebelum saya mengulas sama ada Malaysia patut membida, saya berpendapat BWF mungkin perlu melihat dan mengkaji semula model untuk tuan rumah. - Gambar fail BERNAMA
Kes rasuah Wan Saiful: Surat pelawaan tender turut dihantar kepada Nepturis - Saksi
Surat pelawaan tender bagi Projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur dihantar kepada tiga syarikat kontraktor termasuk Nepturis.
Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Putrajaya, Hari Malaysia di Sabah
Putrajaya sekali lagi menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan ke-67, sama seperti edisi 2023, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Wujud pasukan khas laksana pematuhan, penguatkuasaan larangan merokok - Cuepacs
Cuepacs mencadangkan Kementerian Kesihatan wujudkan pasukan khas untuk melaksanakan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan dan restoran.
AWANI Ringkas: Tindakan selepas penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Isnin memaklumkan ketibaan lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza melalui jalan laut.
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan - White House
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan pada Isnin yang merupakan langkah penting kearah membuka kembali laluan perkapalan itu.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur.
Datuk bandar antara 3 maut dalam serangan hendap
Tiga pegawai kerajaan, termasuk seorang datuk bandar telah ditembak mati oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang disyaki sebagai pemisah pada Isnin di wilayah bergolak Barat Laut Cameroon.
Kit ujian pantas laris di Singapura
Kita Ujian Pantas (ART) Antigen COVID-19 laris dijual di Singapura susulan peningkatan kes jangkitan virus tersebut.
Musa Hitam lancar buku Ku Li
Veteran UMNO Tun Musa Hitam melancarkan buku bertajuk KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik rakan seperjuangannya, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
BAM sasar skuad negara ke separuh akhir BATC 2024
BAM meletakkan sasaran sekurang-kurangnya mara ke separuh akhir untuk skuad negara di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024.
BWF perlu kaji semula model penganjuran Piala Thomas dan Uber - Kenny
Kenny berkata perbincangan dalaman perlu mengenai hak penganjuran untuk kejohanan berpasukan dunia lelaki dan wanita.
Saman Kenny terhadap Roslin Hashim selesai
Muhammad Roslin mengaku kesal atas kenyataan yang ditimbulkan selain menyebabkan kesulitan kepada Kenny.
BAM yakin Misbun mampu perbaiki prestasi skuad remaja
Misbun perlu bentang rancangan terperinci secepat mungkin bagi mengukuhkan bahagian kejurulatihan dan program latihan pemain remaja.
Final Jelajah Dunia BWF: Malaysia tidak tolak batal penyertaan
Ia bergantung kepada mesyuarat badan induk negara itu dengan pihak berwajib, bagi mengumpul semua maklumat diperlukan.
Badminton Terbuka Malaysia terima sambutan, tiket hampir habis dijual
Tiket kejohanan badminton Terbuka Malaysia yang bakal berlangsung dari 28 Jun hingga 3 Julai ini hampir habis dijual.
Kenny dipilih ahli majlis BWF, cadangan tukar sistem pemarkahan gagal
Kenny mendapat 218 undi dan antara 20 yang dipilih sebagai ahli majlis.
Terbuka Malaysia 2021 diteruskan selagi ada penyertaan
Kejohanan berstatus Super 750 yang juga platform kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu masih diteruskan walaupun ada negara yang menarik diri.
BAM belum buat keputusan mengenai cadangan sistem pemarkahan baharu
Walaupun anggota BAM telah berbincang mengenai cadangan itu, tiada keputusan dibuat dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) BAM ke-76, semalam.
BAM sediakan bajet bagi anjur Terbuka Malaysia
BAM sudah siap dengan segala kemungkinan terutamanya tentang bajet untuk menganjurkan Terbuka Malaysia 2021 yang telah ditunda 25 Mei depan.