Pemilihan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih pada Mac diharap akan menggunakan kaedah yang sama seperti di Cameron Highlands, kata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Katanya, BN yang telah diberi tanggungjawab itu juga disaran mempertaruhkan calon yang mempunyai ketokohan sendiri dan mestilah anak tempatan kerana diyakini dua faktor itu mampu memberi kemenangan kepada BN dalam PRK tersebut.
"Pemilihan calon untuk PRK Semenyih belum ditentukan lagi setakat ini, dan perkara itu kita serahkan kepada BN untuk menentukan calon mereka. Ciri-ciri calon yang akan diketengahkan mestilah mengambil kira kemenangan BN di PRK Cameron Highlands semalam iaitu mengambil kira ketokohan dan mestilah anak tempatan.
"Pemilihan Ramli Mohd Nor di PRK Cameron Highlands itu dipersetujui bersama (Pas dan BN)....beliau bukanlah seorang pemimpin UMNO, tetapi beliau bekas pegawai polis yang tidak terlibat dengan politik dan mewakili umat Islam," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah Sekolah Rendah Islam Darul Quran yang turut dihadiri Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Jalan Batangan di sini pada Ahad.
PRK Semenyih diadakan berikutan kematian penyandangnya Bakhtiar Mohd Nor, 57, daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 11 Jan lepas akibat serangan jantung dan dijadualkan berlangsung pada 2 Mac ini, dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 16 Feb manakala hari mengundi awal pada 26 Feb.
PRK Semenyih adalah PRK keempat diadakan di Selangor selepas Pilihan Raya Umum ke-14. Sebelum ini, tiga PRK iaitu di DUN Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong telahpun negeri itu.
Sementara itu, mengulas mengenai kemenangan BN di Cameron Highlands, Abdul Hadi mengakui kerjasama PAS dan BN adalah sebahagian faktor kemenangan itu.
"Ia adalah faktor kerjasama tanpa mengira parti politik dan menolak calon yang tidak sinonim dengan penduduk di kawasan itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 27 2019
ABDUL HADI: Kita serahkan kepada BN untuk menentukan calon mereka.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
KAFA tumpu pembangunan anak tempatan kembalikan kegemilangan 'The Red Warriors'
KAFA memberi tumpuan kepada pembangunan akar umbi dalam kalangan anak tempatan bagi mengembalikan semula kegemilangannya.
PRK Kemaman: Anak tempatan jadi keutamaan calon UMNO
Barisan Nasional (BN) menerusi UMNO akan meletakkan anak kelahiran Kemaman, Terengganu sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman pada 2 Dis ini.
STEM penting untuk pembangunan negara - Mohamad
Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) penting dalam pembangunan negara sekali gus membantu memastikan Malaysia menjadi sebuah negara maju.
Micron komited tambah pelaburan di Malaysia tingkatkan rantaian nilai semikonduktor - PM
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob optimis lebih banyak syarikat asing akan terus melabur di Malaysia kerana iklim pelaburan yang masih dianggap antara terbaik di rantau ini.
PRN Johor: Fakrulradzi ingatkan calon BN, Endau bukan milik kayangan
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau adalah hak milik anak tempatan tegas, calon Pakatan Harapan (PH), Mohamad Fakrulradzi Mahmud.
Anak tempatan cipta robot pembersihan lantai pertama kegunaan hospital di Malaysia
Sekumpulan anak tempatan berjaya mencipta robot pembersihan lantai buatan Malaysia yang pertama untuk kegunaan di hospital di negara ini.
Tarantula, kenderaan berperisai mobiliti tinggi pertama negara
Kereta perisai ini telah melalui pelbagai ujian dari pasukan Tentera Darat serta Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi, Kementerian Pertahanan.
Malaysia berjaya hasilkan implan 3D titanium pertama di Asia Tenggara
Sektor perubatan negara terus ke hadapan apabila penggunaan cetakan implan tiga dimensi (3D) titanium diguna pakai dalam pembedahan.
PRN Sabah: Anwar tidak pernah sebut calon PKR 'tidak semestinya berasal dari Sabah'
PKR hari ini menafikan beberapa laporan media tempatan yang menerbitkan berita kononnya calon yang akan mewakili parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak semestinya berasal dari Sabah.
PRN Sabah: MCA ketengahkan calon muda anak tempatan
MCA mempunyai calon berpendidikan serta berpengalaman terbaik dan pihaknya berharap dapat memuktamadkan jumlah kerusi yang bakal ditandingi dalam masa terdekat.