KUALA LUMPUR :Sebanyak 822 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini 42,872 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah kes baharu itu, tujuh adalah kes import melibatkan seorang warganegara dan enam bukan warganegara.
Katanya, Sabah masih lagi mencatatkan kes harian tertinggi dengan 259 kes (31.5 peratus) diikuti negeri-negeri di Lembah Klang dengan 202 kes (24.6 peratus).
Sementara itu, katanya kes aktif dengan kebolehjangkitan meningkat kepada 11,497 kes.
Katanya, kes pulih harian pula berjumlah 769 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 31,073 kes (72.5 peratus).
Dr Noor Hisham berkata, sehingga kini terdapat 86 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 30 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Katanya, terdapat pertambahan dua kes kematian hari ini, menjadikan jumlah kes kematian di negara ini sebanyak 302 kes.
Berikut adalah perincian kes penularan tempatan;
• Sabah: 258 kes
o 56 kes daripada kluster-kluster, termasuk 12 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Haven, Kluster Karamunting dan Kluster Saga
o 91 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19
o 111 kes daripada lain-lain saringan COVID-19
• Negeri Sembilan: 225 kes
o 221 kes daripada kluster-kluster sedia ada
o Satu kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI)
o Tiga kes daripada lain-lain saringan COVID-19
• Selangor: 176 kes
o 102 kes daripada kluster-kluster sedia ada
o 38 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19
o 36 kes daripada lain-lain saringan COVID-19
• Wilayah Persekutuan Labuan: 46 kes
o 16 kes daripada kluster-kluster sedia ada
o 25 daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19
o Lima kes daripada lain-lain saringan COVID-19
• Pulau Pinang: 26 kes
o 21 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
o Dua kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI)
o Tiga kes daripada lain-lain saringan COVID-19
• Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 17 kes
o 14 kes daripada kluster-kluster sedia ada
o Dua kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19
o Satu kes daripada lain-lain saringan COVID-19
• Kedah: 17 kes
o 16 kes daripada kluster-kluster sedia ada
o Satu kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19
• Sarawak: 14 kes
o Lapan kes daripada kluster-kluster sedia ada
o Empat kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19
o Dua kes daripada lain-lain saringan COVID-19
• Perak: 14 kes daripada kluster-kluster sedia ada.
• Johor: 10 kes
o Tujuh kes daripada kluster sedia ada
o Satu kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19
o Dua kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
• Melaka: Enam kes daripada kluster sedia ada.
• Wilayah Persekutuan Putrajaya: Tiga kes daripada kluster-kuster sedia ada.
• Perlis: Dua kes daripada kluster sedia ada.
• Kelantan: Satu kes daripada kluster sedia ada.
Nursyazwani Saiful Sham
Wed Nov 11 2020

Daripada jumlah kes baharu itu, tujuh adalah kes import melibatkan seorang warganegara dan enam bukan warganegara. -Gambar fail

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan pindaan.

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha
Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

Kerjasama BLACKMORES dengan IJN beri kesedaran pentingnya kesihatan jantung
Kerjasama BLACKMORES dengan Institut Jantung Negara (IJN) terjalin pada waktu yang tepat melihat kepada peningkatan trend penghidap sakit jantung dalam kalangan usia muda di Malaysia.

Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.

Kejayaan IJN lakukan 2 pemindahan jantung bukti perlu tingkatkan penderma organ
IJN memaklumkan terdapat terdapat 22 pesakit di pusat rawatan tersebut sedang menunggu penderma yang sesuai untuk menerima pemindahan menyelamatkan nyawa.

Dr Noor Hisham dilantik pengerusi baharu IJN
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah dilantik sebagai Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN) yang baharu, berkuat kuasa 1 Dis lepas.

Nama diperguna, Dr Noor Hisham saman premis minuman herba
Dr Noor Hisham berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengheret syarikat itu ke mahkamah.

Bekas KP Kesihatan Dr Noor Hisham dilantik Canselor UoC
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Canselor Universiti Cyberjaya (UoC) berkuat kuasa 1 Okt lepas.

Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital
Pada setiap hari Isnin, Dr Noor Hisham akan melakukan pembedahan, sementara pada hari Selasa pula memberikan konsultansi di klinik.

Dr Noor Hisham pengerusikan sesi libat urus dan perbincangan TAG UHC di Manila
Mesyuarat akan memfokuskan kepada perbincangan mengenai liputan kesihatan sejagat termasuk pembelajaran daripada impak COVID-19.

Dr Noor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI.

Putri Ariani seorang superstar dan mungkin akan menang Grammy, kata Dr Noor Hisham
Bukan calang-calang bakat Putri Ariani dari Indonesia ini sehingga seluruh dunia mengaguminya.