Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menangguhkan potongan pendapatan peneroka bagi semua jenis pinjaman kebun dan sosioekonomi bagi membantu golongan itu berhadapan dengan wabak COVID-19.
Pengarah Besar Felda, Datuk Dr Othman Omar berkata, tempoh penangguhan ini bermula daripada penyata pendapatan April hingga Jun iaitu melibatkan hasil bulan Mac hingga Mei, namun ia tidak melibatkan potongan Kedai D'Mart dan Jabatan Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR).
"Ia diberi secara automatik kepada semua peneroka tanpa permohonan kepada pengurusan Felda. Potongan yang ditangguhkan ini akan dijadualkan semula selepas tamat tempoh penangguhan. Inisiatif ini bakal memberi manfaat kepada lebih 92,000 peneroka," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Selain itu, agensi berkenaan juga mengambil langkah proaktif menyediakan Pusat Makanan Komuniti Rancangan (PMKR) untuk membantu warga peneroka yang mengalami kesulitan, cabaran serta kekangan dari segi kewangan akibat COVID-19.
Ia dilaksanakan hasil inisiatif Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) bersama-sama dengan Jabatan Pembangunan Peneroka dan Komuniti (JPPK).
Maklumat lanjut tentang penangguhan potongan pendapatan peneroka dan sebarang persoalan boleh dimajukan ke alamat emel [email protected] atau ke peti masuk Facebook FELDA.
Selain itu, Othman berkata sebagai usaha untuk meringankan beban kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan (KKM) dalam melakukan persiapan bagi menampung pesakit COVID-19 yang dijangka meningkat pada pertengahan April ini, Felda turut menawarkan asramanya untuk dijadikan sebagai pusat kuarantin.
Ia melibatkan tiga buah asrama di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Kuantan di Pahang; tiga pusat latihan iaitu di Kuala Lumpur, Kerteh di Terengganu dan Chini di Pahang dan empat buah Felda Residence iaitu di Tanjung Leman di Johor, Sugai Tekam di Pahang, Trolak Perak dan Felda Sahabat di Sabah.
Kesemua fasiliti ini mempunyai kelengkapan yang bersesuaian bagi pusat kuarantin dan boleh menampung seramai lebih 1,500 pesakit.
Pada masa kini, Felda Sahabat telah diaktifkan sebagai pusat kuarantin yang menampung seramai 52 pesakit. - BERNAMA
Bernama
Tue Mar 31 2020
Felda menangguhkan potongan pendapatan peneroka bagi semua jenis pinjaman kebun dan sosioekonomi bagi membantu golongan itu berhadapan dengan wabak COVID-19. - Bernama
10 Berita Pilihan - (31 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 01 Jun 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
InvestKL jadi anak syarikat MIDA berkuat kuasa 1 Jun - MITI
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mula menggabungkan semua fungsi agensi-agensi penggalakan pelaburan di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
AWANI Tonight: 31 May 2024
#AWANITonight with @sarayamia
1. China: Visa free travel for M'sians extended to 30 days
2. NGOs call for stronger commitment to end gender discrimination
#AWANIEnglish #AWANINews
1. China: Visa free travel for M'sians extended to 30 days
2. NGOs call for stronger commitment to end gender discrimination
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Ringkas: Kes Pukul OKU | Infrastruktur | Pesta Kaamatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM arah usaha banteras kecurian diesel di seluruh Malaysia dipergiat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua agensi penguatkuasa yang berkaitan untuk mempergiat operasi terhadap penyalahgunaan dan kecurian diesel di seluruh Malaysia.
AWANI 7:45 [31/05/2024] - Tiada yang akan terlepas | Beri tender kepada yang layak | Harga Musang King dijangka naik
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Cynthia Ng
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Polis panggil pegawai kes pukul OKU, TMJ tegaskan jangan kait institusi raja
PM ingatkan bagi projek pada yang layak, jangan sampai lingkup
Kesan cuaca panas, pengeluaran Musang King jatuh 70%
China lanjutkan pengecualian visa pelancong Malaysia kepada 30 hari
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Polis panggil pegawai kes pukul OKU, TMJ tegaskan jangan kait institusi raja
PM ingatkan bagi projek pada yang layak, jangan sampai lingkup
Kesan cuaca panas, pengeluaran Musang King jatuh 70%
China lanjutkan pengecualian visa pelancong Malaysia kepada 30 hari
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Ringgit ditutup rendah menjelang pengumuman data inflasi AS
Ringgit mengakhiri urus niaga minggu ini dengan susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas unit negara maju itu meneruskan peningkatan menjelang pengumuman data inflasi lewat hari ini.
Pasaran getah ditutup rendah, alami pembetulan teknikal
Pada 5 petang, harga penutup MRB untuk SMR 20 adalah 827 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 784 sen sekilogram.
Secara jujurnya saya sendiri agak malu - Ahmad Faizal
Pemimpin politik, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyatakan beliau agak malu kerana semangat yang ditunjukkan ke atas penduduk Gaza di negara ini tidak sehebat di negara luar.
RM300 bantuan untuk peneroka Felda pendapatan kurang RM1,000 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mengumumkan pemberian bantuan khas bersasar sebanyak RM300 kepada peneroka Felda yang berpendapatan RM1,000 ke bawah.
KKDW laksana pemasangan lampu LED solar jalan kampung tahun ini - Rubiah Wang
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersetuju melaksanakan projek pemasangan lampu LED solar di bawah projek Lampu Jalan Kampung (LJK) bermula tahun ini.
Kerajaan akan umum pendekatan baharu manfaat warga Felda
Kerajaan bakal mengumumkan beberapa pendekatan baharu yang akan memberi manfaat kepada warga Felda minggu depan, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
LKAN: PM arah LTAT, Felda kemukakan laporan penuh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan LTAT dan Felda mengemukakan laporan penuh berhubung prestasi mereka dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022.
KPF Trading dalam proses muktamadkan penstrukturan semula D'Mart - Ahmad Zahid
Ia melibatkan perbincangan model perniagaan membabitkan usaha sama dengan pemain industri yang mampu memacu pengurusan yang lebih mampan.
Laporan Ketua Audit Negara: Felda akan tingkat kecekapan operasi, tadbir urus
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan terus meningkatkan kecekapan operasi dan tadbir urus yang telus dan mengoptimumkan kecekapan produktiviti.
Isa Samad dibebaskan: Pendakwaan fail rayuan di Mahkamah Persekutuan - Peguam Negara
Ahmad Terrirudin berkata notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan semalam telah difailkan hari ini.
Felda perlu tetapkan hala tuju dapat beroperasi dengan kewangan kukuh - LKAN
Laporan itu turut mencadangkan Felda untuk meningkatkan pemantauan terhadap operasi dan prestasi kewangan syarikat subsidiarinya bagi memastikan kelestarian syarikat dapat dikekalkan.
Tiada bukti kod ‘salam’ kait Isa Samad dengan rasuah - Hakim
'Tiada bukti menunjukkan kod salam antara Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas pegawai khas politiknya, Muhammad Zahid Md Arip berkaitan rasuah,' kata Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu.
Laporan Audit: FELDA rugi RM1 bilion, rizab LTAT berbaki negatif pada 2022
PR1MA pula dilaporkan menghadapi kerugian bersih berjumlah RM0.257 bilion makakala liabiltii berjumlah RM5.746 bilion.