KUALA LUMPUR:Sebanyak 21 kes kematian baharu akibat COVID-19 dilaporkan di Malaysia iaitu angka tertinggi setakat ini.

Berikut antara tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 2 Februari.

1. Sebanyak 3,455 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kes keseluruhan sebanyak 222,628 kes.

2. Malaysia rekod 21 kes kematian baharu, tertinggi setakat ini.

3. Kes aktif kebolehjangkitan COVID-19 kini mencecah 47,847 kes.

4. Seramai 327 pesakita sedang dirawat di ICU dan 145 memerlukan bantuan pernafasan.

5. Kementerian Kesihatan Malaysia kenal pasti tujuh kluster baharu hari ini.