PUTRAJAYA:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini telah mengesan sebanyak lima lagi kluster baharu penularan COVID-19.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kluster-kluster berkenaan dikenali sebagai Kluster Sutera, Kluster Ria-30, Kluster Tamar, Kluster Intan dan Klsuter Danau.
BACA: COVID-19: 1,009 kes, enam kematian dan lima kluster baharu dilaporkan
Berikut merupakan perincian bagi setiap kluster baharu yang dilaporkan:
• Kluster Sutera
- Kluster ini melibatkan daerah Kota Kinabalu, Sabah.
- Kes telah dikenal pasti hasil saringan individu-individu bergejala pada 2 November lalu.
- Kes telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth.
- Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 13 lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 5 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 32 individu telah disaring:-
- 15 kes dikesan positif COVID-19
- Enam (6) individu dikesan negatif; dan
- 11 individu masih menunggu keputusan.
• Kluster Ria-30
- Kluster ini melibatkan daerah Tuaran di negeri Sabah.
- Kes-kes dikenal pasti hasil saringan komuniti sejak 2 November.
- Kesemua kes dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah Intan di Sepanggar, Sabah Sehingga 5 November 2020, 12 tengah hari.
Sehingga 5 November 2020, 12 tengah hari sejumlah 254 individu telah disaring:-
- 11 kes dikesan positif COVID-19.
- 121 individu dikesan negatif.
- 122 individu masih menunggu keputusan.
• Kluster Tamar
- Kluster ini melibatkan daerah Petaling di Selangor.
- Kes ini dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 1 November.
- Saringan kontak rapat mengesan sebanyak sembilan lagi kes positif COVID-19.
- Kesemua kes dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
Sehingga 5 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 137 individu telah disaring:-
- 10 kes dikesan positif COVID-19.
- 57 individu dikesan negatif.
- 70 individu masih menunggu keputusan.
• Kluster Intan
- Kluster ini melibatkan daerah Timur Laut di Pulau Pinang.
- Kes ini melibatkan seorang individu bukan warganegara, di mana dia telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal pada 29 Oktober lalu.
- Saringan kontak rapat mengesan sebanyak lapan lagi kes positif COVID-19.
- Kesemua kes dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang.
Sehingga 5 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 98 individu telah disaring:-
- Sembilan kes dikesan positif COVID-19
- 35 individu dikesan negatif.
- 54 individu masih menunggu keputusan.
• Kluster Danau
- Kluster ini melibatkan daerah Titiwangsa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
- Kes ini dikenal pasti hasil saringan individu bergejala pada 27 Oktober.
- Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak tujuh lagi kes positif COVID-19.
- Kesemua kes dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
Sehingga 5 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 82 individu telah disaring:-
- Lapan kes dikesan positif COVID-19.
- 40 individu dikesan negatif.
- 34 individu masih menunggu keputusan.
Hilmi Malik
Thu Nov 05 2020
KKM hari ini telah mengesan sebanyak lima lagi kluster baharu penularan COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.
Kejayaan IJN lakukan 2 pemindahan jantung bukti perlu tingkatkan penderma organ
IJN memaklumkan terdapat terdapat 22 pesakit di pusat rawatan tersebut sedang menunggu penderma yang sesuai untuk menerima pemindahan menyelamatkan nyawa.
Dr Noor Hisham dilantik pengerusi baharu IJN
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah dilantik sebagai Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN) yang baharu, berkuat kuasa 1 Dis lepas.
Nama diperguna, Dr Noor Hisham saman premis minuman herba
Dr Noor Hisham berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengheret syarikat itu ke mahkamah.
Bekas KP Kesihatan Dr Noor Hisham dilantik Canselor UoC
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Canselor Universiti Cyberjaya (UoC) berkuat kuasa 1 Okt lepas.
Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital
Pada setiap hari Isnin, Dr Noor Hisham akan melakukan pembedahan, sementara pada hari Selasa pula memberikan konsultansi di klinik.
Dr Noor Hisham pengerusikan sesi libat urus dan perbincangan TAG UHC di Manila
Mesyuarat akan memfokuskan kepada perbincangan mengenai liputan kesihatan sejagat termasuk pembelajaran daripada impak COVID-19.
Dr Noor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI.
Putri Ariani seorang superstar dan mungkin akan menang Grammy, kata Dr Noor Hisham
Bukan calang-calang bakat Putri Ariani dari Indonesia ini sehingga seluruh dunia mengaguminya.
Dr Muhammad Radzi Ketua Pengarah Kesihatan baharu
Dr Muhammad Radzi menggantikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang bersara baru-baru ini.