WELLINGTON: New Zealand akan kaji lebih banyak gelembung perjalanan dan mengetuai delegasi perdagangan akhir tahun ini untuk berhubung kembali dengan dunia luar pasca pandemik COVID-19 selepas penutupan sempadan lebih setahun.

Menurut Perdana Menteri, Jacinda Ardern penutupan ketat dan lokasi geografinya membantu New Zealand berdepan COVID-19.

Namun beliau menyifatkan negara dengan populasi sebanyak 5 juta itu terpisah dari dunia luar.

Kerajaan sedang merangka pembukaan semula negara itu selepas majoriti pekerja sektor utama dan penduduknya diberikan vaksin.

Ardern berkata, New Zealand akan membina semula hubungan dengan membuka perjalanan bebas kuarantin bersama negara jiran Australia dan Kepulauan Cook Pasifik Selatan serta mempertimbangkan lebih banyak pilihan gelembung perjalanan.

Lebih 70,000 individu tiba di New Zealand dari Australia sejak gelembung perjalanan dibuka bulan lalu.

Lebih daripada 57,000 melakukan perjalanan dengan ke Australia dari negara itu.

Beliau bagaimana menyatakan, pemberian vaksin di New Zealand tidak lengkap dan jumlah negara yang dapat dibuka dengan selamat juga terhad.

Ardern berkata, beliau akan mengetuai delegasi perdagangan dan promosi ke Australia pada awal bulan Julai dan juga memimpin delegasi ke Eropah, Amerika Syarikat, China dan Asia Pasifik.

New Zealand akan mengumumkan bajet tahunannya minggu depan yang menurut Ardern akan terus mendukung pemulihan daripada wabak itu dan peralihan ke arah tindak balas yang lebih bersasar.