KUALA LUMPUR:Satu lagi kematian akibat COVID-19 direkodkan hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 sebanyak 452 kes (0.43 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Berikut merupakan lima tumpuan utama kenyataan media beliau:

1-  Kes harian baharu sebanyak 1,196 kes.

2- Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 392 kes (32.8 peratus).

3- Kuala Lumpur rekod kes harian kedua tertinggi iaitu sebanyak 202 kes (16.9 peratus) dan Johor sebanyak 194 kes (16.2 peratus).

4-  Terdapat 111 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 50 kes memerlukan bantuan pernafasan.

5- Sebanyak 484 kluster telah dilaporkan termasuk satu kluster baharu pada hari ini iaitu Kluster Jalan Sedco, di daerah Tawau dan Kalabakan, Sabah.