KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini mengeluarkan amaran, varian Delta yang disifatkan lebih ekstrem akan sentiasa bermutasi yang menyebabkan dunia kini dalam tempoh bahaya.
Varian Delta yang dikesan pada akhir 2020 di India, kini menghantui dunia apabila varian itu mengganas dengan kadar penularan yang pantas sehingga menyebabkan peningkatan kes COVID-19 di banyak negara.
Antaranya United Kingdom (UK) dengan jangkitan varian Delta melebihi 82,000 kes diikuti India, Amerika Syarikat, Jerman, Kanada, Portugal dan Sepanyol.
Varian Delta ini juga dipercayai menjadi punca lonjakan kes COVID-19 di Indonesia dengan kes jangkitan yang direkodkan pada 8 Julai sebanyak 38,391 kes dan jumlah kematian melebihi 1,000 orang sehingga menyebabkan hospital di kepulauan Jawa berada pada tahap maksimum dengan bekalan oksigen yang rendah.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi program The Nation bertajuk 'COVID-19: Apa Lagi Ikhtiar Kita' di Bernama TV pada Sabtu lepas berkata, lonjakan kes COVID-19 di Malaysia turut dibimbangi berpunca daripada penularan jangkitan varian Delta.
Berikutan perkembangan itu, usaha memperkukuh dan meningkatkan tindakan kesihatan awam sedang dilakukan bagi membendung penularan jangkitan daripada varian ganas ini.
Sehingga 30 Jun, hasil penjujukan genom, sebanyak 40 kes jangkitan COVID-19 varian Delta dikesan di negara ini.
Melihat kepada situasi itu, apakah Malaysia mampu menangani penularan varian terbabit dalam tempoh sekurang-kurangnya menjelang akhir tahun ini, setelah negara mencatatkan kes harian positif COVID-19 melepasi angka 9,000 tiga hari berturut-turut iaitu pada 9 Julai sebanyak 9,180 kes, 10 Julai dengan 9,353 kes dan 9,105 kes direkodkan pada 11 Julai.
Menurut Ketua Unit Penyakit Berjangkit Fakulti Perubatan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr Rosnida Mohd Noh, penularan wabak COVID-19 daripada varian Delta boleh dikawal sekiranya dua dos vaksin COVID-19 ke atas penerima dapat dilengkapkan segera.
Sehubungan itu, kerajaan perlu menggandakan usaha meningkatkan kapasiti suntikan dua dos vaksin kerana cara tersebut dilihat sebagai langkah terbaik bagi meningkatkan imuniti penerima vaksin sekali gus sebagai benteng pertahanan badan untuk melawan wabak berkenaan.
"Untuk melandaikan penularan sekarang, 'ubat' yang paling berkesan adalah vaksin. Tetapi untuk selamat, sebenarnya tidak cukup satu dos, kita perlu dua (dos) vaksin.
"Bagaimanapun, kita juga tidak boleh mengatakan individu lengkap dua dos tidak akan dijangkiti langsung. Mereka ini masih boleh dijangkiti, cuma 88 peratus tidak bersimptom dan 96 peratus tidak perlu masuk ke hospital,'' katanya kepada Bernama.
Langkah ini sekali gus akan dapat mengurangkan kapasiti hospital yang kini berada dalam keadaan genting berikutan jumlah kes yang tinggi terutama di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Jelas beliau, pemberian dua dos vaksin ini perlu disegerakan khususnya di kawasan yang mempunyai jumlah kepadatan penduduk yang tinggi bagi membendung penularan virus selain dapat mengelak pembentukan varian baharu.
Setakat Jumaat (9 Julai) lepas, sebanyak 3,190,789 orang atau 10 peratus penduduk di negara ini sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19 sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan bermula Februari lepas.
Menteri Penyelaras program itu Khairy Jamaluddin dipetik berkata, bagi penduduk dewasa, 30 peratus menerima dos pertama manakala 13.6 peratus melengkapkan dua dos vaksin COVID-19.
Hasil kajian Public Health England pada April dan Mei, menunjukkan kadar keberkesanan vaksin Pfizer-BioNTech terhadap varian Delta adalah 88 peratus, iaitu dua minggu selepas dos kedua diberi.
Sementara itu, dua dos vaksin AstraZeneca mempunyai kadar keberkesanan 60 peratus terhadap simptomatik penyakit daripada varian Delta.
Dr Rosnida berkata, varian Delta ini dilaporkan 60 peratus lebih mudah berjangkit berbanding virus asal COVID-19 dan keadaan itu amat membahayakan kerana ia boleh menyebabkan sistem kesihatan awam negara lumpuh sekiranya tiada langkah komprehensif diambil.
''Varian Delta terlalu cepat merebak, sistem kesihatan pun ketika ini dalam keadaan darurat. Selain vaksin, usaha lain yang perlu digandakan ialah membuat 'test and trace' sebagai langkah awal membendung jangkitan wabak ini.
''Rakyat juga perlu memainkan peranan, kerana sifatnya yang cepat merebak itu janganlah kita berkumpul dan untuk situasi ini juga, ziarah Aidiladha perlu 'dikorbankan', demi keselamatan semua,'' katanya.
Selain varian Delta, dunia kini turut diancam kebimbangan dengan penemuan varian baharu, Lambda yang dikatakan lebih berbahaya dan mungkin kebal terhadap vaksin.
Varian Lambda yang dikenali sebagai C.37, pertama kali dikesan di Peru dan mengakibatkan jangkitan lebih 80 peratus kes di negara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 12 2021
Menurut Dr Rosnida, penularan wabak COVID-19 daripada varian Delta boleh dikawal sekiranya dua dos vaksin COVID-19 ke atas penerima dapat dilengkapkan segera. - Foto fail/Astro AWANI/Shahir Omar
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Tiada varian Mu, Lambda dikesan di Malaysia setakat ini - Khairy
Ujian ke atas sampel di Malaysia yang menjalani aktiviti jujukan genom setakat ini dikenal pasti sebagai varian Delta.
Varian Delta COVID-19 dominan di Sarawak - Dr David Perera
Varian Delta COVID-19 kini merupakan varian dominan di Sarawak apabila 303 kes dikesan daripada 307 kes yang menjalani penjujukan genom setakat 31 Ogos lalu.
Varian Mu telah merebak ke 39 negara, ini apa yang diketahui setakat ini!
Varian Mu pertama kali dikesan di Colombia pada Januari 2021 itu dan masih diklasifikasikan sebagai 'variant of interest' (VOI).
Delta kini varian dominan di Sarawak
Varian Delta COVID-19 kini dikenal pasti sebagai varian dominan yang menjangkiti penduduk di Sarawak.
COVID-19: FDA AS beri kelulusan penuh penggunaan vaksin Pfizer
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menggesa individu yang belum divaksinasi untuk segera mendapatkan suntikan di tengah-tengah penularan varian Delta.
Varian Delta: Pembiakan di hidung mungkin akibat perubahan biologi terhadap vaksin
Pembiakan varian Delta yang dikatakan merebak menerusi hidung berkemungkinan berpunca akibat perubahan ciri-ciri biologi terhadap vaksin.
COVID-19: KKM sahkan 43 lagi varian Delta, keseluruhan kini 467 kes
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 43 kes COVID-19 baharu membabitkan varian Delta, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Sarawak catat kes varian Delta tertinggi di seluruh negara
Sarawak mencatatkan kes jangkitan varian Delta COVID-19 tertinggi di seluruh negara dengan 272 kes dilaporkan.
COVID-19: Varian Delta kini strain dominan di Thailand
Varian Delta kini strain COVID-19 yang paling dominan di Thailand, menyumbang lebih 90 peratus jangkitan baharu sejak minggu lalu.
Parlimen: Lima sampel disahkan varian Delta - Dr Noor Hisham
Lima sampel kes positif COVID-19 hasil ujian saringan di Parlimen baru-baru ini disahkan adalah varian delta.