KUALA LUMPUR:Negeri Selangor terus merekodkan kes harian tertinggi dengan mencatatkan sebanyak 1,757 kes sepanjang 24 jam yang lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 1,552 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat yang dijalankan di lapangan.

Berikut lima perkara penting kenyataan KKM, pada Rabu:

1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur catat kes harian kedua tertinggi iaitu sebanyak 408
kes (12.4 peratus) dan Johor sebanyak 369 kes (11.2 peratus).

2. Malaysia merekodkan sebanyak 3,288 kes baharu membabitkan jangkitan COVID-19.

3. KKM mengesan 11 lagi kluster baharu membabitkan jangkitan COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak  931 kluster.

4. Sebanyak 63 kes (1.9 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara.

5. Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan lima (5) kes di Selangor, empat (4) kes di Sabah, dua (2) kes di Johor, dan masing-masing satu (1) kes di Kedah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Putrajaya.