KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti sembilan lagi kluster baharu COVID-19 hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, ia  melibatkan daerah-daerah di Selangor, Kuala Lumpur, Sabah, Johor, Pahang dan Negeri Sembilan. 

Berikut senarai sembilan kluster baharu berkenaan: 

1. KLUSTER TAMAN TASIK SUNGAI CHUA 

- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor.
- Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 18 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah pasar raya.
- Nama kluster merujuk kepada kediaman kes-kes dalam kluster ini iaitu di Taman Tasik Sungai Chua, Kajang, Selangor.
- Sehingga 18 Januari 2021, sejumlah 147 individu telah disaring, di mana 60 kes telah dikesan positif
COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER KOMPLEKS SEGAMAHA 

- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kinabatangan di Sabah.
- Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-152949) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Januari 2021 hasil saringan di tempat kerja.
- Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja ladang kelapa sawit di Kompleks Segamaha, Kinabatangan, Sabah.
- Sehingga 18 Januari 2021, sejumlah 250 individu telah disaring, di mana 58 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER JALAN BUKIT BENDERA

- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Kinabalu, Papar, dan Beaufort di Sabah.
- Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke125850) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala.
- Kluster ini melibatkan sebuah institusi awam yang terletak di Jalan Bukit Bendera, Kota Kinabalu.
- Sehingga 18 Januari 2021, sejumlah 100 individu telah disaring, di mana 20 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER JALAN SURIA 

- Kluster ini melibatkan sebuah pusat perubatan swasta yang terletak di Jalan Suria, Johor Bahru, Johor.
- Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-157417) telah dilaporkan positif COVID19 pada 17 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. 
- Sehingga 18 Januari 2021, sejumlah 686 individu telah disaring, di mana 24 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. 

5. KLUSTER TAPAK BINA JALAN NIPAH 

- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
- Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 18 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah tapak binaan di Jalan Nipah, Titiwangsa.
- Sehingga 18 Januari 2021, sejumlah 517 individu
telah disaring, di mana 29 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. 

6. KLUSTER TAPAK BINA ERA DUTA

- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
- Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 18 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah tapak binaan di Jalan Dutamas, Kepong.
- Sehingga 18 Januari 2021, sejumlah 420 individu telah
disaring, di mana 20 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. 

7. KLUSTER PULAU LIMA

- Kluster ini melibatkan daerah Pasir Puteh di Kelantan.
- Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-135920) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala.
- Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kampung Pulau Lima, Pasir Puteh, Kelantan.
- Sehingga 18 Januari 2021, sejumlah 27 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

8. KLUSTER JALAN TJ  

- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan.
- Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-127007) merupakan seorang pekerja kilang yang telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala.
- Nama kluster merujuk kepada lokaliti kilang tersebut di Jalan TJ, Kawasan Perindustrian Tuanku Jaafar. 
- Sehingga 18 Januari 2021, sejumlah 129 individu telah disaring, di mana 39 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. 

9. KLUSTER KAFE GENTING 

- Kluster tempat kerja ini melibatkan sebuah kafe pusat rekreasi di Genting Highlands, Bentong, Pahang.
- Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-118989) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala.
- Sehingga 18 Januari 2021, sejumlah 104 individu telah disaring, di mana 31 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
 
BACA: COVID-19: 3,306 kes baharu, 4 lagi kematian