KUANTAN: Perhimpunan tanpa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan rentas negeri menjadi penyumbang terbesar kepada peningkatan kes positif COVID-19 di Pahang, kata Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Bahari Che Awang Ngah.
Beliau berkata ada yang melakukan majlis perkahwinan, tahlil atau hari jadi semasa cuti sekolah pada penghujung Mac lepas dengan Pahang ketika itu berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
"Ada yang berhimpun sebelum atau selepas solat atau aktiviti keagamaan yang akhirnya membawa kepada penularan wabak ini sedangkan SOP sudah disediakan bagi semua aktiviti ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Katanya, aktiviti 'ngeteh' juga menyumbang kepada penularan wabak berkenaan dengan sikap alpa masyarakat yang duduk secara rapat sambil membuka pelitup muka.
"Sama seperti rentas negeri, ada keluar negeri dan bawa pulang virus. Jika rentas negeri dengan pematuhan SOP, ia tidak seharusnya membawa masalah khususnya bagi urusan kerja. Tetapi dilihat masih ada yang bersalaman walaupun tahu orang itu dari atau berada di kawasan zon merah," tambahnya.
Jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Pahang setakat semalam ialah 8,649 kes dengan 6,930 sudah sembuh, selain 52 kematian telah direkodkan.
Dr Bahari berharap kes baharu akan berkurangan dalam tempoh dua minggu lagi, mengambil kira pelaksanaan PKP Diperketatkan (PKPD) yang kini berkuat kuasa di sebahagian besar Kuantan selain di Bera, Temerloh, Jerantut dan Raub.
Beliau juga merayu semua penduduk dalam kawasan PKPD khususnya di Kuantan agar kekal 'berkurung di rumah' bagi mengelak penularan dalam komuniti kerana berkemungkinan ada antara individu tidak tahu dijangkiti wabak itu ekoran tidak mempunyai gejala pada peringkat awal.
"PKPD perlu dilakukan bagi mengurangkan kes sporadik kerana peningkatan kes di kawasan terlibat menunjukkan kawalan dalam komuniti tidak berjalan. Ini lebih membimbangkan berbanding kes dalam kluster yang sudah dalam radar pengetahuan kita," katanya.
Mengulas kemudahan hospital bagi pesakit COVID-19, Dr Bahari berkata selain Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh dan Hospital Kuala Lipis, pihaknya juga menempatkan pesakit yang tidak memerlukan rawatan pakar di Hospital Jengka, Maran; Hospital Muadzam Shah, Rompin dan Hospital Raub.
Dalam pada itu, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) yang beroperasi ialah Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) dan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia di HTAA semuanya di Kuantan, selain Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) di Bentong.
"Pada masa ini, keadaan penggunaan kemudahan kesihatan adalah dalam keadaan getir dan memerlukan kerjasama semua masyarakat supaya jumlah kes tidak terus meningkat agar kita dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 28 2021
Aktiviti 'ngeteh' juga menyumbang kepada penularan wabak berkenaan dengan sikap alpa masyarakat yang duduk secara rapat sambil membuka pelitup muka. - Gambar hiasan
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.