MALAYSIA
COVID-19: Enam kawasan dilabel sebagai zon merah

Jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ia bagi memastikan pihaknya menumpu kepada daerah-daerah yang terjejas sebagai langkah pencegahan awal. - Bernama
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengkategorikan mana-mana kawasan atau daerah yang mempunyai lebih 40 kes COVID-19, sebagai zon merah.
Jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ia bagi memastikan pihaknya menumpu kepada daerah-daerah yang terjejas sebagai langkah pencegahan awal.
“Daerah yang dilabelkan warna merah itu bermaksud mempunyai rekod 40 kes ke atas,
“Jadi kalau warna merah tu kita akan pastikan gunakan geolokasi dan kita akan tahu daerah-daerah di setiap negeri yang terlibat.
“Dan usaha kita iaitu Pejabat Kesihatan Negeri akan melihat kepada tempat-tempat yang lebih fokus. maksidnya sekarang ini, kita melaksanakan pencegahan awal kalau kita tahu daerah mana yang terlibat,” jelasnya.
Berikut adalah daerah yang dilabel sebagai kawasan zon merah mengikut taburan kes tertinggi:
- Petaling Jaya (96 kes)
- Lembah Pantai (90 kes)
- Hulu Langat (75 kes)
- Johor Bahru (52 kes)
- Seremban (42 kes)
- Titiwangsa (40 kes)
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata untuk minggu ini sahaja, setiap hari pihaknya mampu menjalankan 3,500 ujian pensampelan sehari.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami