awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Individu sah positif saringan RTK-Antigen dicadang diklasifikasi sebagai PUI, PUS - Dr Mohd Arshil

Fareez Azman
Fareez Azman
10/07/2021
09:11 MYT
COVID-19: Individu sah positif saringan RTK-Antigen dicadang diklasifikasi sebagai PUI, PUS - Dr Mohd Arshil
Malaysia terus mencatatkan peningkatan kes harian, terkini sebanyak 9,353 kes harian dicatatkan pada Sabtu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Setiap individu yang disahkan positif menerusi saringan RTK-Antigen dicadangkan diklasifikasikan sebagai individu dalam pemantauan (PUS) atau individu dalam siasatan (PUI) serta dikuarantin sebelum menerima keputusan pengesahan saringan Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR).
Menurut Ketua Pengurusan Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Brigadier Jeneral Dr Mohd Arshil Moideen, menerusi langkah itu ia diharap dapat mengurangkan penularan dalam komuniti seperti berlaku ketika ini.
"Walaupun menggunakan RTK-Antigen yang mempunyai kadar ketepatan yang lebih rendah, tetapi katakan lah individu itu positif selepas saringan RTK-Antigen, sementara menunggu pengesahan RT-PCR, kita sudah boleh pakaikan gelang. Disebabkan keputusan RT-PCR yang mengambil masa lama, kita kuarantin keseluruhan keluarga.
"Keadaan yang berlaku sekarang ini sepatutnya total lockdown tetapi pendekatan yang saya cadangkan ini lebih bersifat targeted total lockdown," jelasnya ketika ditemubual dalam program AWANI Pagi pada Sabtu.
Jelasnya jika langkah itu diambil, ia dapat mengurangkan penularan berlaku dalam komuniti terutama apabila individu berkenaan pergi bekerja atau keluar mendapatkan keperluan harian.
"Kalau kita kuarantin whole house, sekiranya ada kes positif seorang, mereka akan ke pusat kuarantin dalam hari ketujuh, kelapan, jadi membendung penularan kemungkinan besar akan gagal.
"Ini kerana individu itu sudah menjangkiti semua ahli keluarganya, jadi lebih baik kuarantin dijalankan secara seluruh keluarga," katanya lagi.
Malaysia terus mencatatkan peningkatan kes harian, terkini sebanyak 9,353 kes harian dicatatkan pada Sabtu.
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#kes positif
#Malaysia
#total lockdown
#rT-PCR
#RTK-Antigen
#pesakit
#COVID-19
#pemantauan
#kuarantin
#PKRC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan