awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kebanyakan kluster di Selangor berkemungkinan ada kes mutasi D614G

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
04/11/2020
12:14 MYT
COVID-19: Kebanyakan kluster di Selangor berkemungkinan ada kes mutasi D614G
Dr Noor Hisham turut memberi penjelasan bahawa setiap hari pihaknya akan melakukan kajian dengan mengenal pasti kontak rapat mereka yang disahkan positif dan mengenal pasti sesebuah kluster baharu. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menolak kemungkinan bahawa kluster-kluster yang dikenal pasti di Selangor mempunyai strain virus jenis mutasi D614G.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ini kerana kebanyakan kes yang direkodkan di negeri itu adalah daripada mereka yang pulang dari Sabah.
"Berdasarkan kebanyakan kajian yang kita lakukan, sebelum ini sebagai contoh 23 sampel yang diperoleh dalam Kluster Benteng Lahad Datu yang kami hantar kepada Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mendapati terdapat mutasi D614G.
"Begitu juga di Kedah di mana beberapa kluster yang kami kaji seperti Kluster Sivagangga, Kluster Tawar dan Kluster Sungai semua mempunyai kaitan walaupun ia dikenal pasti sebagai jenis yang berbeza tetapi mutasi yang sama.
BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)
BACA: COVID-19: 1,032 kes baharu, lapan kes kematian dilaporkan
"Walaupun tiada kaitan epidemiologi yang jelas tetapi mempunyai jenis mutasi virus yang sama, jadi adalah tidak mustahil bagi 31 kluster yang dikenal pasti di Selangor mempunyai kaitan daripada mereka yang pulang dari Sabah.
"Kemungkinan kes mempunyai virus mutasi yang sama," jelasnya dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 pada Rabu.
Pada masa sama, Dr Noor Hisham turut memberi penjelasan bahawa setiap hari pihaknya akan melakukan kajian dengan mengenal pasti kontak rapat mereka yang disahkan positif dan mengenal pasti sesebuah kluster baharu.
"Setiap hari terdapat beberapa kluster baharu yang akan diberi nama dan akan dikongsikan maklumat itu kepada orang awam.
"Kami juga melakukan contact tracing, jadi dengan cara itu kami mengesan mereka yang didapati positif dan mengenal pasti kluster tersebut dengan nama baharu yang diberikan," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#KKM
#COVID-19
#Lahad Datu
#Sabah
#D614G
#Kementerian Kesihatan
#Ketua Pengarah Kesihatan
#Selangor
#mutasi D614G
#Kluster Sivagangga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan