KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan untuk meningkatkan kapasiti ujian COVID-19 di makmal seluruh negara sehingga 200,000 ujian sehari, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Dr Noor Hisham berkata, walaupun 68 makmal yang ada ketika ini telah mencapai 100 peratus kapasiti dengan lebih 76,000 ujian sehari, tetapi terdapat makmal swasta, makmal di hospital universiti dan hospital Angkatan Tentera Malaysia (ATM) boleh membantu meningkatkan kapasiti ujian.
"Dengan unified command centre selain kita boleh gerakkan pesakit ke hospital tersebut adalah penting untuk makmal hospital-hospital ini membantu meningkatkan jumlah ujian kepada 150,000 hingga 200,000 dalam sehari agar lebih banyak sampel dapat kita uji," katanya dalam sesi libat urus media darurat COVID-19 bersama Ketua Pengarah Kesihatan siri 2/201 secara dalam talian di sini pada Jumaat.
Sesi kali kedua itu turut disertai oleh Pakar Perunding Kanan Penyakit Berjangkit Hospital Sungai Buloh Datuk Dr C Suresh Kumar, Ketua Unit Virologi Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Dr T Ravindran, Pengarah Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Dr Hani Mat Hussin dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Amalan Perubatan KKM Dr Mohamed Ahsan Mohamed Ismail.
Dr Noor Hisham berkata setakat ini, kapasiti ujian di hospital universiti adalah 27 peratus, makmal swasta 31 peratus dan makmal di hospital ATM 24 peratus dan kemudahan ini boleh meningkatkan kapasiti mereka sehingga 100 peratus untuk membantu meningkatkan jumlah ujian harian.
Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan mengenai kelewatan melaporkan kes kumulatif di Selangor baru-baru ini, berpunca dari makmal swasta yang lewat menghantar notifikasi kes-kes positif kepada KKM.
"Apabila pihak swasta tidak menghantar notifikasi kepada KKM, pusat kesihatan daerah tidak mengetahui kes positif dan ia juga menyebabkan kelewatan pengesanan kontak," katanya.
Bagaimanapun katanya, perkara itu telah diatasi dengan pekeliling telah dikeluarkan kepada makmal dan hospital swasta untuk segera memasukkan kes ke dalam sistem.
Dalam pada itu, beliau turut menafikan dakwaan KKM tidak menggunakan kit Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) bagi melakukan saringan COVID-19.
"Tidak benar kita tidak gunakan, di Sabah misalnya sebelum ini kita hantar sehingga 200,000 kit RTK-Ag untuk digunakan di sana.
"Socso (Perkeso) juga gunakan sejuta RTK-Ag untuk menyaring pekerja asing, dalam menguji sampel harian juga kita gunakan," katanya.
Malah, beliau berkata KKM kini dalam proses perolehan 1.36 juta lagi kit RTK-Ag untuk meneruskan usaha saringan COVID-19 di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 05 2021
KKM menyasarkan untuk meningkatkan kapasiti ujian COVID-19 di makmal seluruh negara sehingga 200,000 ujian sehari. - BERNAMA
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
AWANI 7:45 [29/03/2024] – Malaysia ada undang-undang | Sindiket seludup membabitkan Kastam | Pegawai polis lindungi kegiatan haram
Ketua Polis Negara beri amaran jangan ambil tindakan sendiri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Guru wanita cabul pelajar direhatkan - Fadhlina
Guru wanita yang didakwa mencabul seorang pelajar lelaki dalam kes tular baru-baru ini, direhatkan sehingga siasatan kes itu selesai.
Umat Islam perlu pertahan tradisi ilmu, akliah Al-Azhar - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa umat Islam di negara ini untuk terus pertahankan tradisi ilmu serta akliah, yang dihidupkan oleh Universiti Al-Azhar (Al-Azhar), Mesir.
Haji furada: Syarikat pelancongan diperintah bayar RM634,000 kepada 25 bekas pelanggan
Kesemua 25 individu selaku plaintif berjaya membuktikan tuntutan terhadap syarikat itu yang dinamakan sebagai defendan dalam saman berkenaan.
P. Pinang pantau rapi kapasiti Empangan Air Itam
PBAPP mengambil langkah awal sejak Februari, dengan melaksanakan Pelan Tindakan Empangan Air Itam 2024 (AIDAP 2024) menerusi beberapa strategi.
RM57.15 juta untuk tingkat pengeluaran getah asli negara melalui Petara - Zahid
KKDW melalui RISDA memperuntukkan RM57.15 juta sebagai permulaan usaha meningkatkan pengeluaran hasil getah asli negara, melalui program Petara.
Kegiatan sindiket penyeludupan babitkan anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo KLIA
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan babitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang mencecah RM2 bilion bagi tempoh tiga tahun lepas.
Lebih 500,000 pengembara Singapura ke Malaysia sehari
Lebih 500,000 pengembara dilepaskan menerusi Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Tuas di Singapura pada menjelang cuti panjang hujung minggu Good Friday.
PM ziarah Menteri Agama terima rawatan di Hospital Putrajaya
Perdana Menteri meluangkan masa menziarahi Datuk Mohd Na'im Mokhtar yang menerima rawatan susulan pembedahan kecil di Hospital Putrajaya.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.
Jepun akan mansuh bantuan awam untuk rawatan COVID-19
Kerajaan Jepun memutuskan untuk menamatkan subsidi untuk ubat-ubatan COVID-19 dan kemasukan ke hospital bulan depan, menurut media tempatan.
KUSKOP mudahkan urusan pinjaman usahawan, bantu hadapi kenaikan harga barang
KUSKOP melalui pebagai agensinya, mengambil pendekatan memudah cara urusan pinjaman perniagaan kepada usahawan mikro yang terkesan dengan kenaikan kos dan harga barang.
Ismail Sabri pilih 'tindakan Malaysia dalam perangi COVID-19' sebagai tajuk tesis PhD
Ketika COVID-19 diisytihar sebagai pandemik global pada Mac 2020, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan Menteri Kanan Pertahanan yang bertanggungjawab terhadap kluster keselamatan.