awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DAP kekal prinsip penyandang asas pembahagian kerusi pilihan raya
PPP kini diiktiraf parti komponen BN - Ahmad Zahid
Cuaca panas, kurang hujan di kebanyakan tempat hingga 25 Jan - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Semua pihak perlu bersedia hadapi sebarang kemungkinan - MB Selangor

Bernama
Bernama
20/04/2021
14:03 MYT
COVID-19: Semua pihak perlu bersedia hadapi sebarang kemungkinan - MB Selangor
Amirudin Shaari kerajaan negeri Selangor sentiasa berusaha sehabis baik untuk mengekang penularan COVID-19 dengan melakukan saringan serta memantau kawasan panas di negeri itu. - Facebook Amirudin Shaari
KAPAR: Semua pihak berkepentingan perlu sentiasa peka dan berada dalam mod bersedia untuk berdepan sebarang kemungkinan termasuk gelombang keempat mahupun kelima COVID-19, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata kerajaan negeri Selangor sentiasa berusaha sehabis baik untuk mengekang penularan COVID-19 dengan melakukan saringan serta memantau kawasan panas di negeri itu.
Beliau berkata demikian susulan pengumuman arahan penutupan 19 sekolah di Selangor bermula semalam berikutan kemunculan kluster pandemik COVID-19.
"Kita dah buat saringan di kawasan 19 buah sekolah ditutup itu dan tengok pergerakan pelajar-pelajarnya kerana di sana banyak kes positif.
"Saringan-saringan ini untuk kita mengesan dan mengasingkan mereka yang positif," katanya kepada pemberita ketika program Jelajah Ramadan Kita Selangor Daerah Klang.
Amirudin berkata Jabatan Pendidikan Negeri Selangor juga perlu mengatur jadual pembelajaran di 19 buah sekolah terlibat agar kesemua pelajarnya tidak terpinggir.
"Kita mesti bersiap sedia. Sebelum ini pun pendidikan itu hybrid (di rumah dan di sekolah), saya percaya sekolah kena bersedia dengan sebarang kemungkinan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menteri Besar
#Klang
#Selangor
#Amirudin Shari
#kerajaan
#sekolah
#pendidikan
#Ramadan
#kes positif
#COVID-19
#pandemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan